Keupayaan zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam dalam memajukan sektor pelancongan / Rozaimi Majid

Majid, Rozaimi (1993) Keupayaan zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam dalam memajukan sektor pelancongan / Rozaimi Majid. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada Pendapatan Negara Kasar dan menjadi suinber negara ketiga penting selepas perkilangan dan petroleum. \ Kejayaan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 1990 membuktikan bahawa sektor pelancongan memberi pulangan lumayan denga mencatat perolehan RM 4.47 bilion dan sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Menyedari hakikat ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan merangka pelbagai program untuk menarik kemasukkan pelancong dan berbelanja di negara ini. Dengan kemasukkan pelancong sana ada dari dalam mahupun luar negara yang akan membanjiri negara dan membawa bersama-sama mereka mata wang asing yang akan dibelanjakan di negara ini. Pengaliran masuk wang asing dijangka akan meningkatkan perolehan negara kerana sumber kewangan ini dikatakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, perolehan mata wang asing negara meningkat hampir sekali ganda apabila kerajaan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, iaitu daripada RM 2.8 bilion pada tahun 1989 kepada RM 4.48 bilion pada tahun 1990.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Majid, Rozaimi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 1993
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/536
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ROZAIMI MAJID AP 93_5 P01.pdf]
Preview
Text
PPd_ROZAIMI MAJID AP 93_5 P01.pdf

Download (104kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

536

Indexing

Statistic

Statistic details