Abstract
Pakar linguistik berpendapat bahawa bahasa ibunda dapat mempengaruhi proses penguasaan bahasa kedua. Robert Lado menyebut teori bahasa pada zamannya sebagai: “Seorang guru bahasa tidak cukup layak untuk mengajarkan bahasa yang dituturkannya, walaupun bahasa itu adalah bahasa ibundanya. Tetapi dia harus tahu ciri-ciri bahasa sasaran dan bahasa asal pelajar agar dia mengetahui masalah-masalah yang dijangka akan dihadapi semasa proses pengajaran serta mencari penyeiesaiannya. Dia harus mengenalpasti aspek-aspek perbezaan dan persamaan di antara dua struktur: struktur bahasa ibunda pelajar dan struktur bahasa sasaran. Kemudian mengumpul maklumat yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar ” (cAbd al-Sallam 2001: 16).
Teori ini kemudiannya disokong oleh Henry Guntur (1988: 95) yang menjelaskan: “Kebanyakkan kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar ketika mempelajari bahasa kedua adalah berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda”. Bagi guru-guru bahasa, maklumat dan pengetahuan dalam dua bahasa dapat membantu mereka menyediakan satu pendekatan yang sesuai ketika mengajar bahasa. Sebagai contoh, konsep pengajaran secara Grammar-Translated Method (Metode Tatabahasa- Terjemahan), Audio-Lingual Method (Metode Dengar-Sebut) dan Silent Way Method mementingkan peranan bahasa ibunda bagi membantu pemahaman pelajar.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Azman UNSPECIFIED Yaakub, Ahmad Nazuki@Marzuki UNSPECIFIED Ismail, Ghani UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Translating P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Language Studies |
Keywords: | Analisis Terjemahan ; Melayu Arab ; Pakar Linguistik ; Robert Lado |
Date: | March 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52987 |
Download
52987.pdf
Download (114kB)