Abstract
Komposit getah asli termoplastik (TPNR) disediakan daripada polietilena berketumpatan tinggi (HDPE), getah asli (NR) dan getah asli cecair (LNR) dengan nisbah peratusan berat masing-masing ada1ah 70:20:10. Matriks TPNR ini kemudiannya diadunkan dengan serbuk kobalt (Co) tulen (99.9%) dengan saiz butiran berbeza. Untuk saiz butiran dalam julat 1 - 10 µm, nisbah peratusan berat TPNR:Co bcrsamaan 70:30, 75:25, 80:20, 85:15, 90:10 dan 95:5. Untuk saiz butiran dalamjulat 5080 µm pula, nisbah yang digunakan adalah 70:30, 80:20 dan 90:10. Analisis termogravimetri (TGA) dilakukan dalam julat suhu 30°C dan 600°C dengan kadar kenaikan 10°C/min. Pengukuran sifat magnet dilakukan menggunakan magnetometer sampel bergetar (VSM) dalam medan maksimum 10 kOe pada suhu bilik (298 K) Kombinasi keputusan TGA dan pemagnetan tepu (M) mengesahkan keseragaman taburan butiran Co dalam matriks TPNR. Peningkatan peratusan pengisi untuk kedua-dua julat saiz butiran meningkatkan nilai kerentanan magnel (ΔM/ΔH), ketelapan magnet (µ), pemagnetan baki (M) dan pemangnetan tepu (M) dengan kesemuanya menunjukkan peningkatan secara linear dengan peningkatan kandungan pengisi. Komposit dengan saiz butiran 1 - 10 µm didapati mcmberikan nilai M ΔM/ΔH dan µ yang lebih tinggi berbanding dengan saiz pengisi dalam julat 50 - 80 µm.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A., Nazree UNSPECIFIED H.A., Mustaffa UNSPECIFIED H.A., Sahrim UNSPECIFIED M.S., Junaidah UNSPECIFIED Y., Ahmad Nazlim UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QC Physics > Electricity and magnetism > Magnetism T Technology > TP Chemical technology > Polyethylene T Technology > TS Manufactures > Rubber industry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : SAINS TEKNOLOGI JILID 1 |
Event Dates: | 31 MEI – 1 JUN 2004 |
Page Range: | pp. 320-323 |
Keywords: | Kobalt, Histerisis, Pemagnetan, Ketelapan magnet |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51634 |