Abstract
Aspek Pendidikan amat ditekankan dalam ajaran Islam. Pendidikan yang berkualiti menurut kaca mata Islam akan membentuk sahsiah Muslim yang beriman serta cemerlang dunia dan akhirat. Namun, apakah amalan pendidikan umat Islam menepati ciriciri amalan pendidikan yang disarankan dalam Islam? Kertas kerja ini berhasrat mencungkil idea-idea pendidikan tokoh pemikir besar Turki Badiuzzaman Said Nursi yang dianggap pelopor di zamannya yang menemukan ilmu agama dan ilmu sains dalam kerangka yang satu. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan analisisnya pula berdasarkan kaedah analisis kandungan. Manakala sumber utama yang menjadi rujukan pemikiran Said Nursi dalam kajian ini ialah kitab Risalah al-Nur. Kajian ini memberi input yang amat berguna dalam menemukan kaedah dan asas pendidikan yang sebenar seperti mana yang dianjurkan dalam Islam. Oleh itu, kajian ini akan menjawab beberapa kekeliruan tentang manhaj pendidikan, sumber, skop, matlamat serta idea pembaharuan dalam pendidikan melalui idea-idea yang dikemukakan oleh Said Nursi. Kajian ini mendapati bahawa idea pendidikan Said Nursi amat selari dengan tuntutan Islam dan ia memenuhi keperluan yang terdesak umat Islam pada zaman itu (iaitu penjajahan Barat). Maka penggabungan ilmu sains dan ilmu agama serta kaedah pembelanjaran yang efektif telah membangkitkan celik ilmu yang tinggi di kalangan masyarakat Islam bagi menandingi sains dan teknologi yang dipelopori oleh penjajah Barat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ayub, Mohd Nasir mnasir251@kedah.uitm.edu.my Sabjan, Muhammad Azizan mazizan@usm.my Ramli, Abdul Rasyid arasyidr@kedah.uitm.edu.my Taha, Mohd Marbawi UNSPECIFIED Mat Hassan, Surita Hartini UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology > Ethics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 669-679 |
Keywords: | manhaj, pendidikan, badiuzzaman said nursi, risalah al-nur |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50846 |