Kajian hubungan di antara konsep aurat dalam Islam dengan rekabentuk ruang pejabat di Malaysia / Md Azmi Mohamad Sukaimi ... [et al.]

Mohamad Sukaimi, Md Azmi and Said, Suzana and Wan Hamdan, Wan Samsul Zamani and Musa, Muhammad Suhaimi (2012) Kajian hubungan di antara konsep aurat dalam Islam dengan rekabentuk ruang pejabat di Malaysia / Md Azmi Mohamad Sukaimi ... [et al.]. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Pengertian ruang dalam senibina muslim adalah refleksi keperibadian muslim kepada individu, masyarakat dan negara. Salah satu kesan refleksi keperibadian muslim yang memberi impak yang amat besar adalah aurat muslim. Ruang kerja pejabat yang bersih, kemas dan teratur mencerminkan keutuhan keperibadian akhlak iaitu adab dan tingkahlaku penghuni terhadap penciptaNya. Para pengkaji kesenian Islam telah mendapati bahawa reka bentuk kediaman di awal zaman pemerintahan kerajaan Islam menunjukkan hubungan yang amat rapat di antara unsur-unsur fizikal dan spiritual. Hubungan ini juga bersamaan dengan konsep kejadian manusia yang mempunyai jasad dan roh, yang mana, hubungan kedua-dua unsur ini tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, perancangan reka bentuk ruang senibina bercirikan keislaman perlu berlandaskan keperluan Syariah dengan berpandukan rujukan kitab suci Al-Quran dan Hadis serta Sunnah Nabi Muhammad SAW dan juga pengalaman pereka-pereka bangunan senibina Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Islam. Walau
bagaimanapun, tafsiran ruang dalam senibina di negara-negara barat (Eropah dan Amerika) adalah berasaskan akal manusia semata-mata dalam memenuhi keperluan fizikal sebagai intipati rekabentuk (human centered) yang merangkumi aspek fungsional dan estetika, harus disangkal atau ditolak. Ini adalah kerana kebanyakan para pengkaji barat tidak menitik beratkan aspek spriritual yang mendominasi sebahagian besar dalam rekabentuk ruang Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Islam. Akhirnya, senario ini telah memberi kesan dan akibat negatif iaitu rekabentuk ruang kerja pejabat hari ini menjadi amat ringkas, lesu dan tidak bermaya kesan dari kekosongan jiwa kerana pengabaian terhadap elemen spritual dan ketauhidan ini. Justeru itu, kemungkaran dan kemaksiatan amat mudah berlaku dan berleluasa dalam fizikal ruang bangunan. Rekabentuk Islam yang berasaskan tauhid dan ketuhanan dikatakan hanya diaplikasikan di rumah-rumah ibadat seperti masjid,
madrasah dan juga bangunan-bangunan yang beroperasikan keagamaan sahaja seperti bangunan pejabat Jabatan Agama Islam sahaja. Kertas kerja ini akan membincangkan keperluan elemen-elemen rekabentuk ruang kerja pejabat yang berteraskan keislaman dalam memberi impak pembentukan keperibadian Muslim. Elemen rekabentuk seperti ruang-ruang di kawasan kerja pejabat dikupas berdasarkan keperluan syariah Islam. Antara persoalan yang akan dibincangkan ialah isu sensitif persendirian, aurat, kejiranan, tandas, laluan dan keselesaan yang mempunyai hubungkait dengan pembentukan keperibadian Muslim di dalam sesebuah ruang. Kertas kerja ini di harap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan elemen-elemen rekabentuk ruang pejabat di dalam pembangunan akhlak Islam kepada generasi pada hari ini.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50826.pdf] Text
50826.pdf

Download (5MB)

ID Number

50826

Indexing

Statistic

Statistic details