Analisis deskriptif terhadap tahap kefahaman dan kesedaran pemakanan halal : kajian kes di empat (4) buah sekolah rendah di negeri Perak / Azilawati Azizan ... [et al.]

Azizan, Azilawati and Saad, Nor Liza and Mohammad, Norleha and Yaacob, Mazlah and Khairudin, Nurkhairizan (2012) Analisis deskriptif terhadap tahap kefahaman dan kesedaran pemakanan halal : kajian kes di empat (4) buah sekolah rendah di negeri Perak / Azilawati Azizan ... [et al.]. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisa tahap kefahaman dan kesedaran terhadap pemakanan halal dalam kalangan pelajar tahap dua sekolah rendah di negeri Perak. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhinya juga turut dikenalpasti. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian utama iaitu demografi, pemahaman konsep, kesedaran memilih dan faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan halal. Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Melalui kajian ini didapati tahap kesedaran pelajar sekolah rendah agak tinggi, namun tahap kefahaman masih rendah. Kajian ini mendapati perbezaan yang sangat signifikan antara pelajar-pelajar berlainan sekolah tentang kesedaran memilih makanan halal (p < 0.01), namun tiada perbezaan antara sekolah dari aspek pemahaman konsep makanan halal (p > 0.01). Di samping itu faktor ibu bapa dan guru sangat besar dalam memperkenalkan makanan halal dan juga yang menentukan pemilihan makanan halal untuk pelajar. Malah kajian juga menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan sumber paling
berkesan bagi mendapatkan maklumat pemakanan halal. Selain daripada itu, televisyen dan internet pula merupakan media yang paling banyak digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai halal. Hasil kajian ini dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman pemakanan halal kepada umat Islam sejagat bagi melahirkan generasi yang hebat serta menonjolkan Malaysia sebagai hub halal global yang disegani.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azizan, Azilawati
azila899@perak.uitm.edu.my
Saad, Nor Liza
UNSPECIFIED
Mohammad, Norleha
UNSPECIFIED
Yaacob, Mazlah
UNSPECIFIED
Khairudin, Nurkhairizan
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 633-640
Keywords: makanan halal; pelajar sekolah rendah; tahap kefahaman halal; tahap kesedaran halal
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50771
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50771.pdf] Text
50771.pdf

Download (5MB)

ID Number

50771

Indexing

Statistic

Statistic details