Analisa reka bentuk tingkap tradisional dan hubungannya dengan prinsip islam di rumah menara Yaman, ‘Old City of Sana’a’, Yaman / Abdul Hamid Mohammed ... [et al.]

Mohammed, Abdul Hamid and Musa, Muhammad Suhaimi and Talib, Anuar and Jamaludin, Nazrul Helmy and Mohd Said, Mohd Shahrizan and Muhammad, Afzanizam and Mohd Nor, Othman (2012) Analisa reka bentuk tingkap tradisional dan hubungannya dengan prinsip islam di rumah menara Yaman, ‘Old City of Sana’a’, Yaman / Abdul Hamid Mohammed ... [et al.]. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Tingkap merupakan salah satu elemen terpenting di dalam reka bentuk luaran rumah menara Yaman. Peranan tingkap sebagai elemen perantaraan di antara ruang dalaman dan luaran telah menghasilkan variasi bentuk tingkap yang unik seperti mashrabiya, shagus dan qamariya. Kepelbagaian reka bentuk ini mempunyai hubungkait dengan prinsip privasi (privacy) iaitu karaktor utama reka bentuk kediaman rumah menara Yaman. Prinsip-prinsip lain yang mempengaruhi reka bentuknya adalah pemandangan (view), pencahayaan (light), pengudaraan (ventilation) dan keselamatan (security). Kelima-lima prinsip ini telah menghasilkan pelbagai bentuk, saiz dan fungsi tingkap selari dengan reka bentuk luaran bangunan yang sangat menitikberatkan aspek keindahan. Kedatangan Islam pada tahun ke-6 Hijrah, telah menyebabkan berlaku perubahan sistem sosial dan penambahbaikan terhadap reka bentuk seperti perubahan pada motif dan penafsiran semula pada nama dan maknanya. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan tingkap dan reka bentuknya pada socio-budaya masyarakat Yaman. Privasi wanita adalah aspek terpenting yang menjadi intipati reka bentuk kediaman Yaman yang mempengaruhi reka bentuk tingkap. Kajian kes adalah rumah menara Mahsan Maa’id yang terletak di Bandar Lama Sana’a (the Old City of Sana’a). Hasilan kajian mendapati reka bentuk tingkap pada rumah kajian memenuhi prinsip-prinsip yang telah digariskan sama ada dari aspek fungsi dan estetika.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohammed, Abdul Hamid
hamid700@perak.uitm.edu.my
Musa, Muhammad Suhaimi
UNSPECIFIED
Talib, Anuar
UNSPECIFIED
Jamaludin, Nazrul Helmy
UNSPECIFIED
Mohd Said, Mohd Shahrizan
UNSPECIFIED
Muhammad, Afzanizam
UNSPECIFIED
Mohd Nor, Othman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture
T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 174-184
Keywords: Rumah menara Yaman; tingkap; privasi; Islam.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50745
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50745.pdf] Text
50745.pdf

Download (6MB)

ID Number

50745

Indexing

Statistic

Statistic details