Abstract
Alhamdulillah, akhirnya buletin Fakulti Perakaunan UiTM Kampus Seremban – Buletin FPNS3 telah terhasil buat julung-julung kalinya pada tahun 2021 ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan Fakulti Perakaunan. Usaha melahirkan buletin atau penulisan ilmiah sebegini sememangnya sangat dipuji. Ianya juga bertepatan dengan agenda UiTM dalam memartabatkan nilai murni warga UiTM terutamanya
akademia sebagaimana yang dizahirkan di dalam ESI iDART. Jika kita menghayati perkaitan nilai asas UiTM tersebut dengan usaha ini, nilai Kecemerlangan dapat dipupuk dalam mengasah potensi diri dan kebolehan untuk melahirkan penulisan dalam kalangan ahli akademik sebagai wadah perkongsian yang mana boleh diketengahkan pula nanti di dalam penulisan jurnal, dan media massa. Semangat dan kerjasama berpasukan yang berupaya melahirkan hasil kerja yang berkualiti dan berimpak tinggi dapat diterjemahkan sebagai elemen Sinergi menerusi inisiatif buletin sebegini. Manakala nilai-nilai murni dan Integriti tidak diketepikan bahkan turut diketengahkan menerusi
penulisan yang berunsurkan nasihat dan bimbingan kepada pembaca.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Perakaunan UiTMCNS Kampus Seremban UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals A General Works > Academies and learned societies (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Negeri Sembilan |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN S3 Bil 1/2021 |
ISSN: | 2805-4309 |
Keywords: | Buletin FPN, Accounting, business education |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50555 |