Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pelaporan maklumat sukarela di internet oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Pahang. Secara khususnya kajian ini lebih menjurus kepada pelaporan maklumat kewangan oleh PBT di laman sesawang rasmi. Data untuk tujuan kajian diperolehi dengan merujuk kepada sebarang pendedahan maklumat kewangan serta lokasi pelaporan maklumat tersebut di internet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua 11 PBT di negeri Pahang mempunyai laman sesawang. Namun begitu, penggunaan internet sebagai medium untuk melaporkan akauntabiliti pihak PBT masih di tahap yang rendah. Ini kerana hanya 27% daripada PBT di negeri Pahang melaporkan maklumat kewangan di internet manakala majlis perbandaran (33%) lebih banyak mendedahkan maklumat kewangan di internet berbanding dengan majlis daerah (25%). Dapatan kajian juga mendapati maklumat kewangan yang dilaporkan lebih tertumpu di lokasi penyata kewangan dan data dari jabatan PBT. Pihak PBT dilihat masih belum begitu terbuka untuk mendedahkan penyata kewangan kepada orang awam secara maya khususnya kepada pihak berkepentingan kerana ketiadaan sebarang bentuk kehendak statutori terutamanya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustafa, Lily Mazlifa UNSPECIFIED Wan Abdul Rahman, Nor Hawani UNSPECIFIED Jamaluddin, Sabariah UNSPECIFIED Md Zeni, Syahida UNSPECIFIED Yusop, Yuzainizam UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Balance sheets. Financial statements. Including corporation reports. Financial reporting. Financial disclosure H Social Sciences > HG Finance > Balance sheets. Financial statements. Including corporation reports. Financial reporting. Financial disclosure > Malaysia T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Web services |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA 2012 |
Event Dates: | 5 - 6 November 2012 |
Page Range: | pp. 436-447 |
Keywords: | Pelaporan maklumat kewangan sukarela, Internet, Pihak Berkuasa Tempatan Pahang |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50263 |