Abstract
Kajian anatomi perbandingan telah dijalankan ke atas daun dan petiol Hopea polyalthioides, Hopea pubescens, Shorea bentongensis, Shorea lumutensis dan Vatica havilandii. Kajian ini bertujuan untuk melihat variasi yang terdapat pada anatomi daun yang boleh dijadikan asas pengecaman bagi struktur vegetatif dan juga untuk pengelasan. Hasil kajian menunjukkan ciri - ciri anatomi seperti jenis stomata, corak berkas vaskular, bentuk tepi daun, dan jenis peruratan daun boleh digunakan sebagai ciri pembeza antara spesies kajian. Terdapat empat jenis stomata yang dapat dikenalpasti iaitu tetrasitik, parasitik, siklositik dan amfisiklositik. Terdapat variasi dalam corak berkas vaskular spesies - spesies kajian. Dua spesies iaitu H. pubescens dan H. polyalthioides mempunyai berkas vaskular utama jenis tertutup dan sebaliknya bagi tiga spesies yang lain yang mempunyai jenis terbuka. Bentuk tepi daun bagi dua spesies iaitu S. lumutensis dan V. havilandii ialah membulat dan ini berbeza pada tiga spesies yang lain yang mempunyai bentuk menirus. Sistem peruratan adalah jenis terbuka pada semua spesies kecuali pada S. lumutensis. Peruratan tepi daun pada H. polyalthioides dan S. lumutensis ialah jenis fimbriat dan jenis tidak lengkap pada tiga spesies yang lain. Gabungan ciri- ciri anatomi ini boleh dijadikan sebagai asas untuk pengecaman antara spesies dan juga genus dalam famili Dipterocarpaceae.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Nor Lailatul Wahidah lailatul@pahang.uitm.edu.my Nawi, Liliwirianis UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QK Botany > Plant anatomy Q Science > QK Botany > Classification. Systematics and taxonomy > Malaysia S Agriculture > SD Forestry > Timber |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA 2012 |
Event Dates: | 5 - 6 November 2012 |
Page Range: | pp. 343-349 |
Keywords: | Anatomi, Dipterocarpaceae, Stomata, Berkas vaskular, Sistem peruratan |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50195 |