Analisis penentu perbezaan upah mengikut kemahiran di Malaysia / Nik Azma Wail … [et al.]

Wail, Nik Azma and Nazri, Nazatul Azrin and Ismail, Rahmah and Yussof, Ishak (2012) Analisis penentu perbezaan upah mengikut kemahiran di Malaysia / Nik Azma Wail … [et al.]. In: Prosiding KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.

Abstract

Di Malaysia, permintaan terhadap kemahiran buruh telah mengalami perubahan kesan daripada pembangunan ekonomi. Kesan selanjutnya, berlaku perubahan dalam nisbah upah antara kemahiran yang memihak kepada buruh yang lebih mahir. Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal manusia khususnya pencapaian pendidikan, pengalaman dan latihan, faktor demografi dan sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun, setelah mengambilkira perbezaan berhubung ciri-ciri produktiviti ini, perbezaan upah mengikut jenis pekerjaan atau kemahiran masih berlaku yang boleh disebabkan oleh perlakuan diskriminasi. Kertas ini bertujuan mengenalpasti penentu perbezaan upah mengikut kemahiran di Malaysia termasuklah peranan diskriminasi. Analisis ini adalah berdasarkan kepada data 2,216 ketua isirumah yang telah di kutip pada 2007/2008. Analisis melibatkan penganggaran persamaan regresi bagi mencari faktor penentu tingkat upah pekerja mengikut kemahiran, mahir, separa mahir dan tidak mahir. Kemudiannya, faktor perbezaan upah antara pelbagai kemahiran dihitung dengan menggunakan model pengasingan upah Blinder (1973). Hasil kajian menunjukkan pemboleh ubah modal manusia memainkan peranan utama dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah mengikut kemahiran. Hasil juga menunjukkan 64.2 peratus daripada perbezaan upah pekerja mahir dan separuh mahir disumbangkan oleh pemboleh ubah yang dapat diterangkan dan 35.75 peratus adalah daripada pemboleh ubah yang tidak dapat diterangkan. Bagi perbezaan upah antara pekerja mahir dan tidak mahir pula, sebanyak 77.2 peratus disumbangkan oleh pemboleh ubah yang dapat diterangkan dan 22.80 peratus adalah daripada pemboleh ubah yang tidak dapat diterangkan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wail, Nik Azma
nikazma@pahang.uitm.edu.my
Nazri, Nazatul Azrin
nazatulazrin@pahang.uitm.edu.my
Ismail, Rahmah
rahis@pkrisc.cc.ukm.my
Yussof, Ishak
iby@pkrisc.cc.ukm.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Wages
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Wages > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements
L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA 2012
Event Dates: 5 - 6 November 2012
Page Range: pp. 197-207
Keywords: Perbezaan upah, Diskriminasi, Pekerja mahir, Pekerja separa mahir, Pekerja tidak mahir
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50107
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50107.PDF] Text
50107.PDF

Download (5MB)

ID Number

50107

Indexing

Statistic

Statistic details