Abstract
Proses pembuatan keputusan merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian. Ketidakpuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan di kolej kediaman menyebabkan pihak unit perumahan perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dengan memfokuskan kepada keperluan dan kehendak yang menjadi keutamaan kepada pelajar. Justeru itu, kajian ini menggunakan pendekatan Proses Hierarki Analisis (PHA) dalam menentukan kriteria pemilihan pelajar terhadap perkhidmatan yang disediakan di kolej kediaman. Kajian kes dilakukan ke atas pelajar yang menginap di kolej kediaman melalui borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar memberi keutamaan terhadap kemudahan bagi kelengkapan peralatan di dalam bilik (seperti katil, almari, meja belajar dan lain-lain) berbanding dengan 13 subkriteria yang lain. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan kaedah PHA mampu untuk menentukan kriteria pemilihan pelajar terhadap perkhidmatan di kolej kediaman.