Kembara Laksamana Hang Tuah - Sebuam manifestasi visual Hikayat Hang Tuah melalui karya seni reka grafik & ilustrasi / Walid Muhammad Syafrein Effendi ... [et al.]

Syafrein Effendi, Walid Muhammad and Mohamad Sharif, Fadly and Jaafar, Rafuzan and Kadir, Zainal and Mohammad Noh, Liza Marziana (2017) Kembara Laksamana Hang Tuah - Sebuam manifestasi visual Hikayat Hang Tuah melalui karya seni reka grafik & ilustrasi / Walid Muhammad Syafrein Effendi ... [et al.]. In: Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2017). Division of Research and Industry Linkages, Alor Gajah, Melaka.

Abstract

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya sastera agung orang Melayu, Lahir dari warisan penceritaan lisan turun temurun. Hikayat Hang Tuah adalah karya sastera yang siap ditulis pada abad ke 17. la bersumberkan sejarah berdasarkan watak-watak yang pernah wujud sekitar kurun ke 15. Kisah di dalamnya bukan sekadar cerita kosong, namun mengandungi falsafah, bahasa dan budaya hidup masyarakat Melayu tradisional yang digambarkan dengan terperinci. Watak utamanya Laksamana Hang Tuah digambarkan sebagai satu simbol aspirasi buat setiap insan yang bergelar Melayu. Simbol kemelayuan ini merupakan salah satu komponen yang penting dalam membina jatidiri orang Melayu moden yang kini semakin lupa dan tidak bangga dengan asal usulnya sendiri. Sejak kebelakangan ini pelbagai perspektif dan tafsiran mengenai Hang Tuah dimanifestasikan. Antaranya dalam bentuk karya visual seperti filem, buku, komik dan animasi. Setiap hasil karya ini berbeza bentuk dan mesej penyampaian mengenai Hang Tuah. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi menyiapkan projek buku Kembara Laksamana Hang Tuah, Kajian ini adalah untuk memanifestasikan konsep rekabentuk watak berdasarkan kisah pengembaraan laksamana Hang Tuah dalam bentuk buku ilustrasi yang lebih inovatif. Bagi menjalankan kajian ini analisis formal digunakan termasuk temubual ke atas ahli sejarah, penggiat budaya dan pereka ilustrator. Kajian ini memfokuskan proses penghasilan karya dari segi teknik dan medium dalam menjelaskan harapan daripada kajian ini, masyarakat Melayu terutama generasi muda dapat mengenali dan lebih menghargai Laksamana Hang Tuah dalam inspirasi yang baru.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syafrein Effendi, Walid Muhammad
UNSPECIFIED
Mohamad Sharif, Fadly
UNSPECIFIED
Jaafar, Rafuzan
UNSPECIFIED
Kadir, Zainal
UNSPECIFIED
Mohammad Noh, Liza Marziana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Mahat, Sabariah
UNSPECIFIED
Advisor
Othman, Rani Diana
UNSPECIFIED
Advisor
Harun, Norazman
UNSPECIFIED
Advisor
Ismail, Shafinar
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique > Special subjects (Technique, history and collections)
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Drawing for reproduction. Illustration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Keywords: Karya sastera; Jatidiri orang Melayu; Ilustrasi; Reka grafik
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49020
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
49020.pdf

Download (440kB)

ID Number

49020

Indexing

Statistic

Statistic details