Abstract
Pembangunan pesat dalam bidang fotogrametri telah membuka era baru dalam pemerosesan berbentuk digital. Diantara produk teknologi fotogrametri digital yang dihasilkan dalam masa yang singkat adaiah Digital Surface Model (DSM). DSM boleh diperolehi meneaisi digital dari sepasang gambar udara. Walaupun produk menerusi teknologi fotogrametri digital dapat dihasilkan dengan cepat namun kejituan produknya perlu dikaji. Menerusi hasil kajian mendapati ketepatan DSM yang dibentuk memenuhi tahap yang ditetapkan oleh 'US National Map Accuracy Standard' (1947). Disamping itu, kajian ini juga telah mencadangkan teknik pembentukan model 3D bangunan iaitu hasil gabungan DSM dan pelan 2D bangunan. Kaedah yang dikenalpasti bagi memperolehi hasil yang memuaskan ialah dengan menggunakan ketinggian dari pembentukan DSM untuk mewakili tinggi bangunan. Dalam kajian ini juga telah menyentuh ketepatan Digital Elevation Model (DEM). DEM ini dijanakan menerusi makiumat yang diperolehi dari garis kontur peta topografi. Ketepatan DEM yang dibentuk juga telah menepati 'US Map National Accuracy Standard' (1947). Kajian ini menunjukkan ketinggian yang digambarkan oleh peta topografi Malaysia dihasilkan mengikut standard piawai yang di gunapakai oleh negara-negara maju.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jaafar, Jasmee (Associate Prof. Dr) UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TR Photography > Applied photography > Scientific and technical applications > Photogrammetry T Technology > TR Photography > Photomechanical processes |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) |
Keywords: | Digital Surface Model (DSM), Fotogrametri, Digital |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48628 |
Download
48628.pdf
Download (129kB)