Pengaruh penggunaan format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar / Rozimah Bidin

Bidin, Rozimah (2009) Pengaruh penggunaan format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar / Rozimah Bidin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti pengaruh format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar universiti di Malaysia. Pelajar menduduki ujian Kemahiran Mengesan Bentuk-bentuk Tersembunyi (Group Embedded Figure Test -GEFT) untuk menentukan kecederungan gaya kognitif bebas medan atau bergantungan medan. Eksperimen rekabentuk faktorial 2x2 format visual multimedia (statik dan animasi) dan gaya kognitif (bebas medan dan bergantungan medan) dijalankan mengikut kumpulan dan prosidur yang ditentukan oleh pengkaji. Kecekapan mengingat semula format visual multimedia diukur untuk menentukan format yang mempunyai pengaruh yang tinggi di kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan format visual multimedia animasi (dinamik) lebih mempengaruhi daya ingatan visual di kalangan pelajar universiti berbanding format visual multimedia warna (statik). Pelajar yang tergolong dalam gaya kognitif kecenderungan bebas medan mempunyai tahap ingatan yang lebih tinggi berbanding pelajar kecenderungan bergantungan medan. Ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara skor ujian GEFT dengan pencapaian akademik pelajar.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 48448.pdf] Text
48448.pdf

Download (180kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

48448

Indexing

Statistic

Statistic details