Abstract
Kajian ini dibuat untuk meninjau tahap penguasaan ICT dan sikap pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran. Selain itu, kekerapan penggunaan ICT juga ditentukan. Sampel kajian ini terdiri daripada 123 orang pensyarah, iaitu 46 orang dari k ampus Machang dan 77orang dari kampus Segamat. Borang soal selidik diguna untuk mengumpul data kajian, dan data tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS 11.5. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan ICT pensyarah di kedua-dua kampus sederhana tinggi. Mereka mahir mengguna Word, Excel, Powerpoint, enjin carian dan emel. Pensyarah juga bersikap positif terhadap penggunaan ICT. Sikap positif ini mungkin disebabkan oleh faktor psikologi, faktor kognitif dan faktor profesionalisme. Walaupun mereka mempunyai sikap positif, tetapi tahap penggunaan ICT masih rendah. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan ICT dan kekerapan penggunaan ICT mempunyai korelasi positif yang sangat tinggi (p≥0.93). Di samping itu, umur pensyarah juga mempunyai hubungan rapat dengan tahap penguasaan dan kekerapan p enggunaan ICT. Pensyarah yang lebih muda biasanya lebih mahir dan lebih kerap mengguna ICT untuk pengajaran-pembelajaran. Pengkaji berpendapat kursus latihan pensyarah bagi menyediakan mereka menghadapi cabaran penerapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi amat penting dan amat diperlukan. Latihan itu seharusnya menumpu pada penggunaan kemudahan Internet untuk pengajaran, dan kemahiran membina laman web.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Heng, Buai Chin UNSPECIFIED Neo, Kian Sen UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Keywords: | Penggunaan ICT, Pembelajaran, pensyarah UiTM |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48382 |
Download
48382.pdf
Download (869kB)