Abstract
Kami telah memilih ' Millennium Fishing Center ' sebagai nama perniagaan perkongsian kami. Perniagaan kami terlibat secara langsung dalam memberi pekhidmatan memancing ikan air masin di dalam kolam buatan di kawasan tanah seluas 1 hektar bertempat di Kampung Sungai Jagung berhampiran pusat bandar Sungai Petani. Walaupun terdapat beberapa buah pusat memancing. yang tel ah sedia wujud
berdekatan dengan lokasi perniagaan kami, namun keistimewaan yang kami miliki adalah kerana kami merupakan satu-satunya pusat memancing yang menyediakan saluran maklumat dan informasi melalui penggunaan komputer dan internet. Dalam masa yang sama kami turut menyediakan ruang bagi sistem audio video di
mana ia berfungsi memberikan maklumat mengenai cara-cara membaiki pancing, teknik memancing yang betul serta alat-alat pancing yang sesuai digunakan dan banyak lagi
informasi berkaitan aktiviti merriancing. Dengan cara ini, selain dapat memberikan pelanggan kepuasan memancing di kolam, kami juga dapat menambat perhatian mereka
untuk mengisi minda dengan aktiviti-aktiviti yang kami sediakan. Di samping itu juga kami turut menyediakan perkhidmatan sewa rod pancing bagi kemudahan pelanggan-pelanggan. Segala kemudahan tambahan ini masih tidak lagi disediakan oleh pesaing-pesaing yang ada. Pembaharuan yang kami lakukan ini merupakan satu langkah yang amat berani kerana kami yakin dengan adanya kelainan ini, kami mampu menarik lebih ramai pelanggan pelbagai lapisan umur daripada pelbagai golongan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Mohamad Khairul UNSPECIFIED Mohd Noor, Nurul Azrita UNSPECIFIED Baharom, Norsyazlina UNSPECIFIED Jaffar, Juliyahna UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Service industries H Social Sciences > HF Commerce > Business |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Business and Management |
Keywords: | pusat memancing; saluran maklumat dan informasi; komputer dan internet. |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48203 |
Download
48203.pdf
Download (263kB)