Abstract
Petunjuk Idola (Siri Buku Mewarna): Pendidikan Alternatif Mempelajari Sunnah merupakan satu kaedah pembelajaran sokongan kepada pelajar merangkumi prasekolah mahupun sekolah rendah bagi mata pelajaran agama membabitkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Inovasi ini mengetengahkan konsep “mudah” dan "ceria" bagi meningkatkan minat para pelajar dalam mempelajari Sunnah Rasulullah SAW seterusnya mengambil bahagian semasa sesi pembelajaran di sekolah. Inovasi ini menggunakan pendekatan jalan cerita melalui ilustrasi komik mengikut kesesuaian pemikiran dan pendidikan peiajar berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW; yang menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Objektif inovasi ini adalah untuk mencari kaedah alternatif untuk meningkatkan keseronokan proses pembelajaran di dalam kelas supaya peiajar dapat menguasai kemahiran asas seperti komunikasi, kreativiti, penyelesaian masaiah dan pembangunan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian yang berlandaskan Islam dengan cara yang mudah tetapi berkesan. Inovasi ini memainkan peranan yang penting bagi menyokong usaha Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Justeru, pendekatan kontemporari yang santai dan ringan tetapi bermanfaat melalui ilustrasi komik dapat membantu perkembangan peiajar dari segi penguasaan kemahiran asas dan pembentukan nilai-nilai murni melalui pemantauan guru.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Mohd Farhan UNSPECIFIED Ramlie, Mohd Khairulnizam UNSPECIFIED Zainon, Rohailin UNSPECIFIED Mohd Esa, Maryam UNSPECIFIED Muhamad, Nurulhayah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mahat, Sabariah UNSPECIFIED Advisor Othman, Rani Diana UNSPECIFIED Advisor Harun, Norazman UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research L Education > LB Theory and practice of education > Kindergarten > Branches of study. curriculum > Art: Drawing, color, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Keywords: | Siri Buku Mewarna; Pendidikan Alternatif; Sunnah; Prasekolah |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47953 |