Abstract
Kajian ini adalah mengenai topik masalah peniaga-peniaga runcit Bumiputra di Shah Alam. Terdapat 3 objektif utama di dalam kertas penyelidikan ini, pertama ialah untuk mengkaji masalah sebenarnya yang dihadapi oleh peniaga-peniaga runcit Bumiputra, kedua ialah untuk mengetahui sejauh mana pencapaian peniaga-peniaga runcit Bumiputra, khususnya dalam urusan-urusan perniagaan dan inventori dan ketiga ialah untuk mengenal pasti peranan pihak kerajaan dan cara bagi membantu peniaga-peniaga runcit Bumiputra. Untuk memperolehi data-data tentang masalah peniaga-peniaga runcit Bumiputra, beberapa kaedah telah digunakan seperti kaedah Data Utama dan Kaedah Data Sekunder. Jenis-jenis data utama yang digunakan adalah jenis komunikasi dengan cara menemuduga dan juga cara pengawatan. Kajian in juga menggunakan kaedah data sekunder di mana data-data di perolehi daripada dalaman dan luaran seperti lapuran kertas kerja, kajian yang terdahulu dan buku.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosidi, Z. 86019846 Alias, Ruzilan 86018402 Meon, Ruhayah 86008927 Ismail, Sulaiman 86003502 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdul Hamid, Mohd Tahir UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Pricing H Social Sciences > HF Commerce > Retail trade H Social Sciences > HF Commerce > Markets. Fairs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Business and Management |
Programme: | Diploma Pengurusan Perniagaan |
Keywords: | Peniaga runcit bumiputra, Shah Alam, mengkaji masalah |
Date: | 1990 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47570 |
Download
47570.pdf
Download (98kB)