Mas kahwin di Pahang: kiraan semula nilai semasa / Muhammad Najib Abd Wakil …[et al.]

Abd Wakil, Muhammad Najib and Jamal, Ikmal Hafiz and Yahaya, Muhammad Hasif and Md Ismail, Mohamad Afandi (2021) Mas kahwin di Pahang: kiraan semula nilai semasa / Muhammad Najib Abd Wakil …[et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (1). pp. 171-195. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Download

[thumbnail of 47144.pdf] Text
47144.pdf

Download (1MB)
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Menurut Islam, mas kahwin mempunyai matlamat pensyariatannya tersendiri terutamanya terhadap pasangan yang berkahwin. Pemberian mas kahwin menurut Islam adalah daripada sesuatu yang bermanfaat, bernilai dan berharga tanpa membebankan mana-mana pihak. Ironinya,Pahang merupakan antara negeri yang meletakkan kadar mas kahwin yang tersendah di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Kadar RM22.50sebagai nilai tetap mas kahwin wanita di negeri tersebut dilihat terlalu rendah dalam konteks semasa dan agak bercanggah dengan tujuan pensyariatan mas kahwin di dalam Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tujuan pensyariatan mas kahwin di dalam Islam serta menganalisis sejarah dan perkembangan kadar mas kahwin di negeri tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif serta digandingkan dengan instrumen temu bual dan analisis dokumen dalam mendapatkan data. Data yang diraih pula dianalisis menggunakan kaedah deduktif dan deskriptif. Natijahnya, kajian mendapati bahawa kadar ketepan RM22.50sebagai nilai mas kahwin di negeri Pahang telah bermula sejak tahun1930-an dan tidak pernah berubah sehingga ke hari ini. RM22.50 sekitar tahun 1930-an masih dianggap bernilai tinggi dan setara dengan gaji bulan seorang pegawai daerah dan sekati perak pada waktu tersebut.Namun begitu, perubahan sistem mata wang dan peredaran masa telah menyebabkan nilai RM22.50 pada masa kini dilihat terlalu rendah dan menawarkan kuasa beli yang kecil kepada pemiliknya. Kerendahan nilaimas kahwin di negeri Pahang juga tidak menepati tujuan pensyariatan maskahwin di dalam Islam yang memuliakan pasangan wanita dan mengangkat nilai perkahwinan Islami. Kajian ini dilihat signifikan sebagai rujukan oleh pihak berautoriti agama Islam di negeri Pahang secara khususnya dalam menilai keperluan semakan semula kadar mas kahwin yang telah diamalkan untuk tempoh hampir seabad tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
Abd Wakil, Muhammad Najib
muhammad.najib@uitm.edu.my
Jamal, Ikmal Hafiz
UNSPECIFIED
Yahaya, Muhammad Hasif
UNSPECIFIED
Md Ismail, Mohamad Afandi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Special days and seasons, fasts, feasts, festivals, etc. Relics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 7
Number: 1
Page Range: pp. 171-195
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my
Item ID: 47144
Uncontrolled Keywords: Kadar, Mas Kahwin, Pahang
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47144

ID Number

47144

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item