Kaedah terjemahan kata kerja dalam al-quran: analisis surah al-baqarah dalam tafsir nur al-ihsan / Mohd Fahimi Zakaria

Zakaria, Mohd Fahimi (2021) Kaedah terjemahan kata kerja dalam al-quran: analisis surah al-baqarah dalam tafsir nur al-ihsan / Mohd Fahimi Zakaria. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (1). pp. 131-150. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran merupakan antara bidang terjemahan yang penting khususnya kepada masyarakat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab. Ini adalah kerana melalui terjemahan al-Quran, pembacadapat memahami isi kandungan al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun sebagai pengkaji bidang terjemahan al-Quran, terjemahan bukan sahaja dilihat dari segi teks bahasa sasaran atau makna yang dihasilkan sahaja sebaliknya aspek prosedur terjemahan yang dipakai oleh penterjemah ketika melakukan proses penterjemahanal-Quran. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis prosedur yang digunakan oleh penterjemah ketika menterjemahkan kata kerja perintahdi dalam al-Quran. Kajian hanya menumpukan analisis pada surah al-Baqarah dalam Tafsir Nur al-Ihsan Jilid 1 yang ditulis oleh Muhammad Said Umar pada tahun 1925. Sebanyak 10 contoh ayat berserta terjemahan terpilih yang mengandungi kata kerja perintah, dianalisis dengan melihat kepada prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah. Prosedur tersebut kemudian dilihat dari teori terjemahan seperti yang diperkenalkan oleh sarjana dalam bidang terjemahan. Kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini juga turut menggunakan kaedah pemerhatian dan penerangan iaitu teks terjemahantersebut dianalisis kemudian diterangkan prosedur yang dipakai olehpenterjemah. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penterjemah sering memilih prosedur terjemahan literal dan terjemahan perkataan demi perkataan selain beberapa prosedur terjemahan lain yang turut digunakan oleh penterjemah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zakaria, Mohd Fahimi
mohd_fahimi@msu.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LC Special aspects of education > Moral and religious education
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 7
Number: 1
Page Range: pp. 131-150
Keywords: Bahasa Arab, prosedur terjemahan, terjemahan al-Quran
Date: March 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47139
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 47139.pdf] Text
47139.pdf

Download (1MB)

ID Number

47139

Indexing

Statistic

Statistic details