Abstract
Virus COVID-19 yang membawa kepada pandemik bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan. Perkara ini menyebabkan sekolah dan universiti perlu ditutup, malah pelajar sekolah dan universiti terpaksa menggunakan pembelajaran atas talian. Bagi pelajar universiti, pembelajaran atas talian dilihat dapat memudahkan mereka dalam menjalani kuliah dengan hanya berada dirumah. Walau bagaimanapun, dari sudut yang berbeza terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam menjalani proses Pembelajaran Atas Talian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Seramai sepuluh (10) orang mahasiswa yang terdiri daripada pelajar peringkat ijazah sarjana muda dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dipilih sebagai informan dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kaedah temu bual mendalam secara maya digunakan sebagai teknik pengumpulan data. Dengan menggunakan kaedah tematik analisis secara induktif bagi menganalisis data, kajian mendapati cabaran yang dihadapi oleh pelajar IPTA dalam menggunakan pembelajaran atas talian adalah capaian internet, kos internet, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan keberkesanan belajar secara maya. Oleh itu, diharapkan agar kajian yang dilakukan ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pihak universiti bagi merangka polisi atau pelan kontingensi dalam mendepani isu ini supaya dapat meringankan beban pelajar IPTA yang masih dalam proses beradaptasi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Mahathir UNSPECIFIED Hayat Adnan, Wardatul UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Journal of Media and Information Warfare (JMIW) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Media and Information Warfare (JMIW) |
ISSN: | 1985-563X |
Volume: | 14 |
Page Range: | pp. 11-20 |
Keywords: | Pembelajaran Atas Talian, cabaran pelajar, pelajar IPTA |
Date: | June 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46977 |