Kerangka awal pembentukan modul pengajaran bahasa Al-Quran untuk orang awam menggunakan warna primer / Azlan Shaiful Baharum and Mohammad Loqman Ibrahim

Baharum, Azlan Shaiful and Ibrahim, Mohammad Loqman (2021) Kerangka awal pembentukan modul pengajaran bahasa Al-Quran untuk orang awam menggunakan warna primer / Azlan Shaiful Baharum and Mohammad Loqman Ibrahim. In: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021), 22 Febuari 2021, UiTM Cawangan Kelantan.

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan berbentuk pengajaran Al-Quran dan majlis-majlis ilmu di masjid juga memainkan peranannya. Maka, masyarakat tidak terlepas daripada pendedahan terhadap bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantaraan bagi membawa mesej Al-Quran dan Hadis. Tambahan pula, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah SWT khususnya ibadah solat. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan umat Islam. Di Malaysia, pelbagai kaedah pengajaran untuk memahami bahasa Al-Quran telah cuba dihasilkan. Oleh itu pengkaji mengambil inisiatif untuk membentuk satu modul yang sesuai untuk mereka. Kajian ini bertujuan untuk membina kerangka sebuah modul pembelajaran bahasa Arab Al-Quran dengan teknik yang menarik. Ia juga untuk menghasilkan sebuah modul yang sesuai untuk segenap masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini mengkaji pendekatan baru untuk orang awam dalam mempelajari perkataan bahasa Arab Al-Quran iaitu menerusi warna asas atau primer. Di samping itu, kajian ini
juga turut memberikan pendedahan asas kepada orang awam tentang hukum-hukum tatabahasa Arab yang
terdapat di dalam Al-Quran secara mudah. Pembentukan modul ini menerapkan Model ADDIE yang merupakan
antara model rekabentuk yang sistematik dan efektif. Ia terdiri daripada lima fasa iaitu analisis keperluan
masyarakat awam, reka bentuk asas modul bahasa al-Quran, pembangunan modul beteraskan kaedah lahiriah dan batiniah hasil adaptasi modul Al-Nadwi, perlaksanaan modul terbabit dan penilaian keberkesanannya. Hasil
daripada penggunaan model ADDIE ini, maka satu modul terbina dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran (P&P) seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar terutama masyarakat awam dalam memahami
bahasa Al-Quran

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Baharum, Azlan Shaiful
azlan_arab@usim.edu.my
Ibrahim, Mohammad Loqman
loqmanib@gmail.com
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Language of the Qurʼan
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021)
Event Dates: 22 Febuari 2021
Page Range: pp. 616-625
Keywords: Pembentukan, modul pengajaran, bahasa Al-Quran, orang awam, penggunaan warna primer
Date: 22 February 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46334
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 46334.pdf] Text
46334.pdf

Download (676kB)

ID Number

46334

Indexing

Statistic

Statistic details