Kecekapan sosial, teknikal dan komunikasi dalam pembelajaran dalam talian di kalangan pelajar UiTM Cawangan Kelantan / Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad and Mohd Zuhdi Ismail

Yusoff, Muhammad Saiful Anuar and Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim and Ismail, Mohd Zuhdi (2021) Kecekapan sosial, teknikal dan komunikasi dalam pembelajaran dalam talian di kalangan pelajar UiTM Cawangan Kelantan / Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad and Mohd Zuhdi Ismail. In: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021), 22 Febuari 2021, UiTM Cawangan Kelantan.

Abstract

Pembelajaran secara maya (ODL) merupakan proses yang menjadi satu kemestian dalam era Covid19.
Dalam keadaan ini, kefahaman terhadap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dan
hubungannya dengan pencapaian amat diperlukan. Antara faktor yang boleh merealisasikan kecemerlangan dalam
pembelajaran adalah kecekapan teknikal, kecekapan sosial dengan pensyarah dan rakan dan kecekapan
berkomunikasi. Walau bagaimanapun, kesan kesemua pemboleh ubah ini terhadap penguasaan bahasa Arab masih
belum dibuktikan secara empirikal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pengaruh
pemboleh ubah di atas terhadap penguasaan bahasa Arab selain daripada mengenal pasti faktor paling penting
yang perlu diberi keutamaan melalui analisis IPMA. Sebanyak 220 borang soal selidik telah diedarkan kepada
pelajar-pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda UiTM Cawangan Kelantan dan 214 daripada soal selidik tersebut
digunakan selepas dijalankan proses pembersihan data. Data yang diperolehi telah di analisis dengan
menggunakan perisian SmartPLS 3.0. Hasil kajian menunjukkan faktor kecekapan sosial dengan pensyarah
(β=0.328, t=3.796, p<0.01, f
2=0.082) dan kecekapan komunikasi (β=0.222, t=2.259, p<0.05, f
2=0.042)
mempengaruhi secara positif penguasaan bahasa Arab. Kecekapan sosial dengan rakan dan kecekapan teknikal
didapati tidak mempengaruhi penguasaan bahasa Arab. Hasil analisis IPMA pula menunjukkan bahawa
kecekapan sosial dengan pensyarah merupakan faktor paling penting yang mempengaruhi penguasaan bahasa
Arab. Penemuan ini dengan jelas membuktikan interaksi aktif dalam talian dengan pensyarah dan komunikasi
yang aktif dalam pembelajaran dalam talian merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan untuk menjadikan
pembelajaran lebih bermakna dan seterusnya menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusoff, Muhammad Saiful Anuar
saiful673@uitm.edu.my
Mohd Saad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd Zuhdi
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021)
Event Dates: 22 Febuari 2021
Page Range: pp. 521-529
Keywords: Kecekapan teknikal, kecekapan sosial dengan pensyarah, kecekapan sosial dengan rakan, kecekapan komunikasi, penguasaan bahasa Arab
Date: 22 February 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46277
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 46277.pdf] Text
46277.pdf

Download (335kB)

ID Number

46277

Indexing

Statistic

Statistic details