Payung Bebas Tangan / Mohd Fahmi Mazlan

Mazlan, Mohd Fahmi (2005) Payung Bebas Tangan / Mohd Fahmi Mazlan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Payung mendapat nama dari perkataan ‘umbra’ daripada orang-orang berbangsa greek di mana dalam bahasa inggeris nya ialah umbrella. Perkataan ‘umbra’ membawa maksud kawasan yang terlindung oleh orang-orang greek. Payung yang sedia ada direka untuk pemakainya berselindung di sebalik cuaca panas dan hujan.
Di dalam erti kata lain masyarakat greek pada masa itu mendifinasikan payung sebagai perlindungan dari segala anasir-anasir buruk dan kejahatan. Sesiapa yang berlindung di bawah nya akan terselamat dari segala perkara-perkara buruk.
Pada masa ini penggunaan payung semakin meluas di pasaran maka semakin banyaklah rekaan dan ciptaan terbaru yang di hasilkan. Payung-payung di reka dengan lebih menarik,ringan dan tahan lama bagi menggantikan payung lama yang jauh ketinggalan dan mempunyai pelbagai masalah.
Di antara masalah yang terdapat pada payung sedia ada ialah tidak mesra pengguna, tidak ergonomic, mudah rosak, tidak menarik dan pengguna masih lagi terkena hujan pada tubuh badan mereka. lni membuatkan pengguna sering kali tidak berpuas hati dengan rekaan payung yang sedia ada di pasaran pada masa ini.
Justeru itu satu rekaan terbaru di perlukan agar dapat memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad. Rekaan ini akan memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna yang mahukan keselesaan dan pembaharuan yang lebih menitik beratkan ciri-ciri ergonomic, ringan, mudah untuk digunakan, selamat, futuristic dan tahan lama seiring dengan konsep gaya hidup moden.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazlan, Mohd Fahmi
2002403164
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Senireka
Keywords: Payung; cuaca panas; hujan
Date: September 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45729
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 45729.pdf] Text
45729.pdf

Download (146kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

45729

Indexing

Statistic

Statistic details