Abstract
Sistem kuasa stim, loji penyejukan dan banyak lagi proses-proses industri menggunakan air pendinginan yang agak banyak. Jika sesebuah loji itu tidak terletak berdekatan dengan suatu sumber semulajadi seperti sebatang sungai, air yang digunakan mesti didinginkan dan diedarkan semula. Satu kaedah yang paling berkesan ialah dengan menggunakan prinsip pendinginan penyejatan dalam sebuah menara pendinginan. Air hangat disembur ke dalam menara berdekatan dengan puncak menara dan dibiarkan jatuh menerusi satu pengalas selat berkayu yang memecahkan aliran serta memberi permukaan basah yang luas untuk memudahkan penyejatan. Suatu arus udara mengalir menuju puncak menara, sama ada secara sendirian seperti di dalam cerobong atau di aruh oleh sepasang kipas. Air hangat ini didinginkan terutamanya dengan penyejatan, sementara suhu udara dinaikkan dan menjadi tepu, atau hampir tepu, dengan wap air. Air itu dapat didinginkan hingga ke suatu suhu yang lebih rendah daripada suhu air yang menasuki menara iaitu secara unggulhya ke suhu bebuli basah udara. Kadar pendinginan semakin berkurang apabila keadaan keseimbangan dihampiri dan pertambahan saiz menara untuk mendapatkan beberapa darjah pendinginan terakhir yang mungkin adalah tidak jimat. Amnya, menara
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Kamaruddin 92869582 Hj. Mustaffa, Mazwandi 94524541 Jahari, Furhan 94236944 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Loo, H.S. (Ir.) UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Systems of building construction. Industrialized building > Soundproof construction. Noise in buildings T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Sistem kuasa stim, Penyejatan, Menara pendinginan |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45253 |
Download
45253.pdf
Download (176kB)