Penguasaan tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama / Fatimah Radzi, Nik Rahimi Nik Yusoff and Mohd Isa Hamzah

Radzi, Fatimah and Nik Yusoff, Nik Rahimi and Hamzah, Mohd Isa (2021) Penguasaan tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama / Fatimah Radzi, Nik Rahimi Nik Yusoff and Mohd Isa Hamzah. In: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021), 22 Febuari 2021, UiTM Cawangan Kelantan.

Abstract

Kebanyakan pelajar didapati masih tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu balaghah dan keinginan mendalami ilmu ini. Kajian yang menjurus kepada penguasaan terhadap topik-topik dalam ilmu balaghah perlu diketengahkan supaya pelajar dapat melihat keunikan dan keindahan daripada setiap cabang ilmu balaghah seperti topik tasybih yang berada dalam ilmu bayan dan topik uslub khobariy dan uslub insya’iyy yang berada dalam ilmu ma’ani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi, kekangan dan tahap penguasaan pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan seramai 78 orang pelajar tingkatan 5 di SMKA Putrajaya yang telah mempelajari topik-topik tersebut dipilih secara rawak menggunakan teknik pemilihan sampel Krejcie Morgan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik Skala Likert berkaitan persepsi dan kekangan dan ujian khas berkaitan tahap penguasaan pelajar. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Program Statistical Package of Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukan persepsi pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy adalah di tahap baik manakala kekangan yang dihadapi pelajar terhadap topik-topik tersebut adalah di tahap sederhana. Kajian juga mendapati penguasaan pelajar terhadap topik tasybih dan uslub insya’iyy adalah pada tahap sangat baik manakala topik uslub khobariy pada tahap baik. Topik yang paling dikuasai pelajar mengikut turutan ialah tasybih diikuti uslub insya’iyy kemudian uslub khobariy. Justeru, beberapa kekangan yang dihadapi pelajar dalam menguasai topik boleh diperbaiki oleh guru, pelajar dan pihak berkaitan untuk tujuan penambah baikan. Penguasaan pelajar terhadap topik uslub khobariy juga boleh dimantapkan dengan memberi penekanan kepada elemen adawat at-taukid. Sesungguhnya guru memainkan peranan penting dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik tasybih, uslub khobariy dan uslub insya’iyy

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Radzi, Fatimah
sitifatimahradzi@uitm.edu.my
Nik Yusoff, Nik Rahimi
UNSPECIFIED
Hamzah, Mohd Isa
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Language of the Qurʼan
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021)
Event Dates: 22 Febuari 2021
Page Range: pp. 253-261
Keywords: Persepsi, kekangan, tahap penguasaan
Date: 22 February 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44714
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 44714.pdf] Text
44714.pdf

Download (351kB)

ID Number

44714

Indexing

Statistic

Statistic details