Abstract
Eufemisme digunakan untuk menjadikan sesuatu kata lebih berlapik sama ada dalam bentuk lisan atau pun teks. Penggunaan kata yang terlalu berterus terang khususnya dalam teks terjemahan menyebabkan berlakunya komunikasi yang tidak santun dan menyinggung perasaan. Hal ini kerana, terjemahan yang baik bukan sahaja memindahkan aspek makna semata-mata, bahkan menitikberatkan pemilihan kata yang selari dengan kesantunan berbahasa. Kajian kualitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti unsur eufemisme dalam teks terjemahan al-Quran bahasa Melayu dan menganalisis dari sudut kesantunan berbahasa masyarakat Melayu. Analisis kontrastif dilakukan ke atas 4 buah al-Quran terjemahan bahasa Melayu untuk meneliti unsur eufemisme dalam teks terjemahan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan korpus yang disusun oleh Sameer Olimat (2019) iaitu Corpus of Euphemisms in the Qur’an untuk tujuan penyenaraian dan semakan terhadap unsur eufemisme dalam al-Quran. Kajian ini mengguna pakai teori kesantunan bahasa oleh Geoffrey N. Leech (1983) dan pengkaji adalah instrumen utama penyelidikan. Pengkaji juga menggunakan bantuan laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maksud perkataan dan kata sinonim untuk tujuan padanan. Adapun perbahasan kajian merangkumi domain yang dianggap sensitif dalam masyarakat Melayu antaranya 1- hubungan suami isteri, 2- perceraian, 3- kematian dan 4- hal kewanitaan. Berdasarkan analisis, wujud usaha daripada penterjemah untuk menggunakan kata berunsur eufemisme bagi mengelakkan pemilihan kata yang kurang manis. Walau bagaimanapun, terdapat teks terjemahan yang kurang peka terhadap aspek kesantunan dalam memindahkan makna perkataan. Hal ini menyebabkan berlakunya teks terjemahan yang terlalu berterus terang. Kajian ini diharap menyumbang dalam aspek pemurnian teks terjemahan al-Quran bahasa Melayu daripada sudut kesantunan berbahasa
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sa’ad, Muhammad Luqman Ibnul Hakim zulazhan@unisza.edu.my Ab. Halim, Zulazhan UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Works about the Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Study and teaching. Qurʼan studies. ʻUlūm al-Qurʼan |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Event Title: | Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021) |
Event Dates: | 22 Febuari 2021 |
Page Range: | pp. 242-252 |
Keywords: | Leksikal eufemisme, al-Quran, terjemahan bahasa Melayu, kesantunan bahasa |
Date: | 22 February 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44713 |