Abstract
Pengurusan ruang yang berkualiti akan memberikan impak yang baik kepada sesebuah organisasi. Bagi menguruskan sesuatu ruang, audit ruang telah diwujudkan. la diwujudkan bagi mamastikan ruang digunakan pada tahap optimum dan berkualiti mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pejabat Pengurusan (PPF) UiTM Shah Alam telah menggunakan kaedah ini untuk mengurus ruang. Tiga objektif telah ditetapkan dalam kajian ini. Pertama memahami dan mempelajari audit ruang dari segi kapasiti muatan, kedua menilai pandangan pelajar terhadap ruang bilik kuliah sedia ada dan ketiga mengenalpasti punca dan cara mengatasinya. Kajian teorikal telah dilakukan bagi memperolehi maklumat iaitu melalui jurnal, buku, tesis dan bahan-bahan rujukan yang lain. Maklumat juga didapati daripada pihak pengurusan ruang melalui temu bual dan data yang diberikan. Soal selidik telah dibuat terhadap responden yang menggunakan bilik kuliah iaitu pelajar untuk mengetahui tahap keselesaan mereka dengan ruang sedia ada. Daripada kaji selidik dan soal jawab yang dilakukan, penulis mengenal pasti beberapa masalah dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Hasil daripada dapatan kajian tersebut adalah penemuan untuk mencapai objektif tersebut. Justeru, beberapa cadangan telah dibuat untuk membantu memenuhi objektif audit ruang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Sowi, Ruzziani 2006211914 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Hamdan, Wan Samsul Zamani UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building inspection T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons.) |
Keywords: | Pengurusan ruang, Audit, FSPU UiTM |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44664 |
Download
44664.pdf
Download (121kB)