Abstract
Kajian yang dijalankan adalah mengenai masalah serangan kulat pada bangunan rumah kedai lama dibandar Taiping. Proses yang dijalankan bagi mengenalpasti punca masalah berlakunya kulat pada bangunan ini dikaji didalam kajian ini. Isu yang diambil dari laporan sebuah syarikat telah dijadikan panduan untuk menjalankan kajian. Terdapat pelbagai jenis kulat dan ia diterangkan dalam kajian literatur kajian ini. Di samping itu juga kajian ini menerangkan secara terperinci terhadap bangunan kajian yang terdapat di Bandar Taiping. Dengan cara ini ia memerlukan methodologi yang bersesuaian untuk melakukan kajian. Methodologi yang digunakan penting bagi mendapatkan kaedah yang baik dan mencapai objektif. Kajian ini adalah secara kualitatif. Kulat membesar apabila faktor sekeliling yang mempengaruhi pertumbuhannya. Dengan ini kajian dijalankan terperinci terhadap kawasan sekeliling bangunan yang mempengaruhi pertumbuhan kulat. Bangunan kajian hanya tertumpu pada 3 lokasi kajian kes yang terdapat di Bandar Taiping. Segala data yang diperolehi di analisis bagi mendapatkan punca yang sebenar terhadap pertumbuhan kulat pada bangunan. Segala kajian kes akan diterangkan dan dianalisa bagi mendapatkan kepastian terhadap pertumbuhan kulat pada bangunan kajian. Dengan adanya kajian literatur ia membantu bagi mengukuhkan segala data yang diperolehi semasa kajian kes. Disamping itu juga cadangan pengawalan kehadiran kulat juga diterangkan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat berlaku semula. Ia menerangkan masalah yang berlaku dan cara mengatasinya agar tidak terjadi semula kehadiran kulat pada bangunan. Kesimpulannya kajian ini sangat menarik kerana ia memerlukan penelitian terhadap proses pertumbuhan kulat dan cara mengatasinya agar tidak wujud semula pada bangunan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruddin, Mohammad Redzuan 2006211898 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zahari, Nural Fadzila 2006211898 |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Faculty of Pharmacy |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Kulat, Bangunan, Rumah kedai lama |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44099 |
Download
44099.pdf
Download (154kB)