Abstract
Kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan untuk sesuatu projek perumahan adalah sangat penting dalam
menentukan kualiti rumah yang dihasilkan. Pemilik dan pengguna rumah seterusnya menilai kualiti rumah
berdasarkan kepada daya tahan bahan binaan tersebut terhadap kesan persekitaran, keupayaan menanggung
beban dan juga faktor-faktor lain yang terlibat. Kajian terhadap kualiti bahan-bahan binaan rumah ini telah
dijalankan di sekitar perumahan Iskandar Perdana, Seri Iskandar, Perak. Tumpuan kajian terhadap unit-unit
perumahan yang dibina pada jangka masa yang sama iaitu sekitar 7 tahun penggunaannya. Kajian telah dijalankan berasaskan pemeriksaan secara visual dan soal-selidik penghuni rumah terhadap sampel-sampel rumah yang dipilih secara rawak. Bagi menentukan kualiti bahan binaan berasaskan konkrit, ujian saintifik tanpa musnah iaitu ujian kekerasan menggunakan tukul anjal dijalankan terhadap struktur-struktur utama. Hasil kajian mendapati kualiti rumah di perumahan Iskandar Perdana ini masih berada di tahap yang baik. Ianya berasaskan penilaian terhadap kecacatan dan kerosakan bahan binaan konkrit tidak melebihi 30% melibatkan kerosakan yang serius dan lebih dari 75% penghuni berpuas hati dengan tahap kualiti bahan binaan yang digunakan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Zamri, Nurhasyimah UNSPECIFIED Wan Alwi, Wan Abdullah UNSPECIFIED Mat Hassan, Hasni Suryani UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Building materials T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Building materials > Malaysia T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Aggregates (Building materials) T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Aggregates (Building materials) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 825-833 |
Keywords: | kualiti bahan binaan, bahan konkrit, kualiti rumah |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43483 |