Sikap guru pendidikan Islam terhadap penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) / Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain dan Ahmad Marzuki Mohamad

Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Talhah and Mohamad, Ahmad Marzuki (2020) Sikap guru pendidikan Islam terhadap penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) / Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain dan Ahmad Marzuki Mohamad. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 71-82. ISSN 2006-9617

Abstract

Sikap merupakan proses yang panjang untuk dibentuk dalam sebuah pendidikan. Sikap seorang guru akan membentuk kelakuan sikap anak pelajarnya. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang telah dijalankan terhadap guru-guru Pendidikan Islam di sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap sikap guru-guru Pendidikan Islam terhadap penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam. Hal ini keranan terdapat guru pendidikan Islam (GPI) yang lebih suka menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan daripada mengajar kemahiran berfikir. Borang soal selidik telah dijadikan instrumen utama dalam kajian ini. Seramai 105 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini, menunjukkan tahap penguasaan sikap terhadap guru Pendidikan Islam adalah pada aras tinggi dengan skor (min =3.66 dan S.P = 0.338). Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah, pengkaji dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan penambahbaikkan dalam KBAT terutamanya. Seterusnya, menyediakan pelbagai rancangan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran guru-guru, khususnya guru Pendidikan Islam dalam usaha untuk meningkatkan kejayaan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi mencapai hasrat pelan pembangunan pendidikan 2013-2025. Usaha seterusnya dapat membantu mempertingkatkan kualiti guru dalam melaksanakan sesuatu kemahiran yang baru untuk diterapkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Talhah
UNSPECIFIED
Mohamad, Ahmad Marzuki
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teacher-student relationships. Culturally relevant pedagogy
L Education > LC Special aspects of education > Islamic education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 71-82
Keywords: Sikap guru; Guru pendidikan Islam; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43466
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43466.pdf] Text
43466.pdf

Download (304kB)

ID Number

43466

Indexing

Statistic

Statistic details