Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman dan pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah (KKcGP). Penyelidik telah menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 17 item telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar yang pengambil bidang Sijil Teknologi Maklumat (KKcGP), Sijil penyelenggaraan Bangunan, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Teknologi Pembinaan di KKBP. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Sciences” (SPSS) versi 20.0 untuk melihat statistik deskriptif. Kajian ini mempunyai empat skop kajian iaitu demografi, pemahaman pelajar tentang solat fardu, pelaksanaan solat fardu dan faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar untuk tidak melaksanakan solat fardu. Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Muslim di Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa kefahaman responden tentang solat fardu adalah memuaskan. Namun, tahap pelaksanaan pelajar dalam menunaikan solat fardu adalah rendah. Oleh itu, harapan pengkaji agar para pensyarah meningkatkan daya usaha dan kerjasama bagi membimbing pelajar-pelajar disamping menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk kem, kursus dan program pemantapan dan penghayatan solat bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam kehidupan mereka seharian.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bidin, Hasna UNSPECIFIED Khalid @ Abu Samah, Mohd Nazari UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 2 |
Page Range: | pp. 1-14 |
Keywords: | Pemahaman; Pelaksanaan; Solat fardu; Ibadat; Muslim |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43443 |