Tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar program Al-Quran IMTIAZ.

Che Mat, Azman and Wan Adnan, Wan Ainun Sailah and Awang, Azarudin and Wan Jusoh, Wan Noor Hazlina (2020) Tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar program Al-Quran IMTIAZ. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 3 (1). pp. 57-72. ISSN 2006-9617
Abstract

Kaedah hafazan al-Quran merupakan amalan yang dilakukan oleh para penghafaz al-Quran untuk menguasai hafazan al-Quran yang lengkap, iaitu 30 juzuk. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk dipelajari sendiri mahupun apabila disampaikan oleh guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kaedah hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar IMTIAZ (Sekolah Menengah IMTIAZ). Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik mengikut konstruk yang dirujuk berdasarkan kaedah hafazan al-Ghawthāni (1998). Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan kaedah hafazan dalam kalangan responden secara umumnya adalah tinggi, namun ada sebahagian kaedah yang mendapat maklum balas yang rendah dan memerlukan perhatian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 43421.pdf]
Text
43421.pdf
Download (449kB)
Indexing & Metrics