Peranan sains dan teknologi dalam kerja-kerja konservasi bangunan bersejarah / Al-Hafzan Abdullah Halim, Siti Norlizaiha Harun and Md Yusof Hamid

Halim, Al-Hafzan Abdullah and Harun, Siti Norlizaiha and Hamid, Md Yusof (2012) Peranan sains dan teknologi dalam kerja-kerja konservasi bangunan bersejarah / Al-Hafzan Abdullah Halim, Siti Norlizaiha Harun and Md Yusof Hamid. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Sains dan teknologi merupakan suatu perkara yang penting dalam kerja-kerja konservasi bangunan bersejarah
di Malaysia. Antara peranan sains dalam kerja-kerja konservasi adalah melibatkan kerja teknikal dan kerja
pakar seperti kajian saintifik dan arkeologi. Kajian saintifik melibatkan pelbagai jenis kajian seperti kajian komposisi bahan binaan, kajian kelembapan, kajian terhadap tumbuhan pada bangunan dan lain-lain kajian sains. Dalam artikel ini, peranan sains ditinjau melalui beberapa perspektif pendekatan dalam konservasi bangunan terutamanya dalam kerja-kerja teknikal. Kebanyakan kajian saintifik merupakan keterlibatan secara langsung para penulis dengan beberapa projek konservasi bangunan di Malaysia. Melalui pengamatan dan beberapan tinjauan literatur terhadap kajian saintifik di beberapa projek konservasi bangunan, peranan sains dan teknologi telah banyak membantu konservator bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam projek konservasi. Kajian saintifik dilihat banyak membantu dalam memberikan jawapan kepada permasalahan terhadap kerja-kerja konservasi seperti komposisi bahan, masalah kelembapan, masalah penggaraman dan pelbagai masalah bangunan bersejarah di Malaysia.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43159.pdf] Text
43159.pdf

Download (411kB)

ID Number

43159

Indexing

Statistic

Statistic details