Pelaksanaan Pendidikan Islam Era Revolusi Industri 4.0 di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka / Norafifah Ab Hamid … [et al.]

Ab Hamid, Norafifah and P Rameli, Mohd Faizal and Abd Wahab, Nor Azlina and Che Man, Norajila and Izza Hashim, Siti Nurul (2020) Pelaksanaan Pendidikan Islam Era Revolusi Industri 4.0 di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka / Norafifah Ab Hamid … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (1). pp. 171-193. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Abstract

Revolusi Industri 4.0 merupakan cabaran yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia kini. Perkembangan teknologi yang semakin canggih dan pesat di era revolusi ini turut mendorong kepada berlakunya transformasi dalam dunia pendidikan. Begitu juga dalam konteks Pendidikan Islam di Institut Pengajian Tinggi terutamanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah perkembangan dan pelaksanaan Pendidikan Islam di UiTM khususnya di bawah kendalian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Selain itu kajian ini juga untuk mengenalpasti bentuk-bentuk program Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka di Era Revolusi Industri 4.0. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data-data yang diperolehi melalui proses dokumentasi dan temubual. Kajian ini merumuskan bahawa telah wujud transformasi dalam pendekatan pengajaran Pendidikan Islam di bawah kendalian ACIS Melaka dengan mengambil kira perkembangan Revolusi Industri 4.0. Dapatan ini dibuktikan melalui pelaksanakan beberapa aktivti seperti EREV 2018, i-Prova, ISnT dan iCviST. Dapatan kajian ini dilihat penting dalam usaha mengangkat Pendidikan Islam di Era Revolusi Industri 4.0 khususnya dalam konteks pengajian tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42961.pdf]
Text
42961.pdf
Download (659kB)
Indexing & Metrics
Citations
4 Google Scholar Citations