Membina ketamadunan bangsa : Mengurus gelagat manusia dari perspektif islam / Hasan Bahrom

Bahrom, Hasan (2004) Membina ketamadunan bangsa : Mengurus gelagat manusia dari perspektif islam / Hasan Bahrom. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Al-Qur’an menyebut manusia diciptakan dari lelaki dan perempuan, terdiri dari pelbagai bangsa dan puak, untuk manusia saling mengenal. Perbezaan kejadian yang diciptakan oleh Allah swt ini, memberi ruang kepada manusia mencipta kepelbagaian rupa bentuk budaya, citarasa, tingkahlaku, kemahuan dan tatakelakuan. Kepelbagaian gelagat manusia ini harus diurus dengan baik dan beradab. Kesilapan mengurus gelagat manusia akan mengakibatkan berlakunya kepincangan pembangunan dan pembinaan tamadun sesuatu bangsa atau negara. Allah swt mengutuskan setiap kaum seorang Rasul ada hubungkaitnya dalam menangani gelagat manusia yang beraksi pada zamannya, Allah swt menyebut “sesungguhnya kami utuskan setiap kaum itu seorang Rasul....”, tugas bagi rasul ini telah diperkatakan oleh Rasulullah untuk membaiki dan menyempurnakan akhlak. Sejarah memperlihatkan keupayaan Rasulullah saw mencipta sejarah kejayaan membina tamadun bangsa dan negara, sehingga dilihat sebagai sebuah negara yang baik dan diredai Allah swt. Kejayaan itu sebenarnya telah memberi nafas baru kepada rupa bentuk bangsa dan peradaban manusia. Corak pengurusan Rasulullah saw itu amat signifikan dijadikan model untuk membina sebuah tamadun bangsa. Apakah teori dan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah saw dalam membina tamadun bangsa. Apakah corak dan budaya mengurus yang dipakai oleh Rasulullah saw dalam membina negara bangsa terdapat dalam sistem pengurusan kita? Sejauh mana keserasian teori mengurus gelagat manusia yang diaplikasikan oleh Rasulullah saw pada zamannya dapat digunapakai dalam sistem pengurusan gelagat manusia semasa. Kertas ini akan cuba mencungkil beberapa asas teori mengurus gelagat manusia yang telah diketengahkan oleh Rasulullah saw dapat digunapakai dan relevensinya dalam sistem pengumsan gelagat manusia semasa. Dan sejauh mana sistem pengurusan Rasulullah saw telah digunapakai dalam sistem pengurusan gelagat manusia semasa.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bahrom, Hasan
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 248-258
Keywords: Al-Quran, Manusia, Tamadun, Bangsa
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42921
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42921.pdf] Text
42921.pdf

Download (813kB)

ID Number

42921

Indexing

|

Statistic

Statistic details