Pengurusan komunikasi keorganisasian: Sejauhmanakah efisiennya? / Wan Idros Wan Sulaiman

Wan Sulaiman, Wan Idros (2004) Pengurusan komunikasi keorganisasian: Sejauhmanakah efisiennya? / Wan Idros Wan Sulaiman. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Corak pengurusan yang mantap dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kejayaan kelangsungan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Peranan pelbagai aspek penting dalam pengurusan tidak boleh dipandang ringan kerana ia bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi lantas memberikan impak yang besar kepada pergerakan ekonomi negara. Justeru, kajian berbentuk deskriptif ini melihat faktor komunikasi sebagai salah satu daripada aspek penting yang disebutkan. Perbincangan kertas ini akan memfokuskan kepada aspek komunikasi keorganisasian yang melihat kepada peranan dan sumbangan majikan-pekerja dalam organisasi dalam usaha untuk melahirkan individu kakitangan yang berinovasi, kreatif. berdaya saing dan peka terhadap keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Seramai 250 kakitangan sektor awam yang dikenalpasti secara rawak sebagai responden kajian telah dipilih dan kesemuanya berkhidmat di Perbadanan Putrajaya, Selangor. Penulisan ini cuba melihat sejauh manakah keefisienan aspek komunikasi di tempat kerja yang boleh menjurus kepada semangat dan motivasi kerja serta kemahiran yang tinggi di kalangan kakitangan dan secara tidak langsung mencerminkan kedudukan dan kekukuhan bidang pengurusan sumber manusia dalam negara. Data kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 10.0 for windows. Di samping kaedah soal selidik sebagai metodologi utama kajian, kaedah temubual juga diadakan dengan pihak pengurusan atasan organisasi bagi mendapatkan maklumat dua hala yang lebih telus dan seimbang. Akhir sekali, kajian dan penulisan ini diharapkan dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha kerajaan untuk melahirkan individu kakitangan yang bersifat k-workers selaras dengan kehendak persekitaran organisasi yang sentiasa berubah-ubah dan secara tidak langsung menyumbang kepada proses mempercepatkan pencapaian taraf negara Malaysia sebagai negara maju

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Sulaiman, Wan Idros
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Communication in management. Communication in organizations. Communication of information
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organizational effectiveness. Performance measurement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 145-151
Keywords: Pengurusan, Komunikasi, Organisasi, Kakitangan
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42727
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42727.pdf] Text
42727.pdf

Download (521kB)

ID Number

42727

Indexing

Statistic

Statistic details