Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka / Norbaiti Tukiman and Ghazali Semil@Ismail

Tukiman, Norbaiti and Semil@Ismail, Ghazali (2010) Cabaran dan faktor kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka / Norbaiti Tukiman and Ghazali Semil@Ismail. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah, cabaran dalaman dan cabaran luaran yang dihadapi dalam perniagaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Melaka. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti dan mengukur hubungan prestasi perniagaan dengan faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan sebagai instrument kajian dalam pengumpulan data dan diedarkan kepada 110 orang usahawan wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. PKS juga dibahagikan kepada lima sektor iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, perniagaan am dan perternakan atau pertanian. Metodologi kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan program Statistical PackagesFor Social Science (SPSS) 16.0 dan dibentangkan dalam bentuk deskriptif seperti carta pai, carta bar dan skor min. Untuk mengenalpasti hubungan antara prestasi perniagaan dan faktor-faktor kejayaan, ujian korelasi dilakukan. Penemuan kajian menunjukkan masalah utama usahawan wanita bumiputera PKS adalah persaingan kemudian diikuti oleh kekurangan sumber modal dan masalah penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan. Cabaran dalaman usahawan wanita PKS yang utama adalah keyakinan diri manakala cabaran luaran yang utama adalah cabaran daripada keluarga terdekat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita PKS yang tertinggi pula minat yang tinggi. Kajian juga mendapati hubungan prestasi perniagaan usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktor faktor kejayaan adalah lemah dan ini seterusnya menunjukkan prestasi perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar sepenuhnya oleh faktor-faktor kejayaan yang dikenalpasti.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tukiman, Norbaiti
UNSPECIFIED
Semil@Ismail, Ghazali
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Women
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Usahawan wanita; Bumiputera; Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); Melaka
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42698
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42698.pdf] Text
42698.pdf

Download (154kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

42698

Indexing

Statistic

Statistic details