Pengautomasian pengurusan projek kepujian / Rossilawati Sulaiman …[et al.]

Sulaiman, Rossilawati and Mohd Salleh, Syahanim and Elias, Nur Fazidah and Mohamed Kassim, Junaidah and Yaakob, Mohd Ridzwan and Abd Aziz, Juzaiddin and Ab Rahman, Mahmud (2004) Pengautomasian pengurusan projek kepujian / Rossilawati Sulaiman …[et al.]. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Salah satu syarat bagi penganugerahan ijazah sarjana muda teknologi maklumat di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,Universiti Kebangsaan Malaysia adalah lulus kursus Projek Kepujian. Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu mempraktikkan kemahiran dan menggabungkan ilmu yang telah dipelajari untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Secara amnya pelajar akan diumpukkan kepada pensyarah yang akan menyelia yang juga merupakan mentor mereka semenjak tahun pertama lagi. Namun begitu, pelajar masih boleh memilih penyelia yang lain mengikut bidang kepakaran dan tajuk yang diminati. Berbeza daripada perlaksanaan kursus-kursus yang lain, pelajar perlu melalui beberapa proses ketika menjalani Projek Kepujian mereka. Proses ini bermula daripada penentuan tajuk bersama penyelia, menghantar cadangan projek, pengesahan tajuk projek, perjumpaan berkala dengan penyelia, penyerahan laporan draf, persembahan projek atau proses penilaian dan akhir sekali pelajar dikehendaki menyerahkan laporan akhir. Proses-proses yang telah disebutkan memerlukan para pelajar mengisi banyak borang. Oleh itu satu sistem untuk menguruskan kesemua proses ini dibangunkan dengan harapan agar ia dapat mengurangkan penggunaan borang serta memudahkan proses pengurusan. Sistem ini juga mengambil kira perbezaan pengurusan projek yang terdapat pada setiap jabatan. Sebagai contoh kaedah umpukkan pelajar kepada penyelia, bilangan pemeriksa yang terlibat dan juga prosidur pemarkahan. Oleh itu sistem ini seharusnya fleksibel tanpa mengambil kira perbezaan di atas. Kertas ini akan membincangkan objektif serta metodologi tentang system yang akan dibangunkan. Beberapa cekupan skrin atau paparan prototaip turut ditunjukkan. Adalah menjadi satu harapan agar sistem ini dapat memenuhi semua objektif dan keperluan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman, Rossilawati
UNSPECIFIED
Mohd Salleh, Syahanim
UNSPECIFIED
Elias, Nur Fazidah
UNSPECIFIED
Mohamed Kassim, Junaidah
UNSPECIFIED
Yaakob, Mohd Ridzwan
UNSPECIFIED
Abd Aziz, Juzaiddin
UNSPECIFIED
Ab Rahman, Mahmud
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Instructional systems
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 68-74
Keywords: Sistem, Pengurusan projek
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42660
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42660 b.pdf] Text
42660 b.pdf

Download (848kB)

ID Number

42660

Indexing

Statistic

Statistic details