Abstract
Mahasiswa merupakan tonggak kepada pembangunan negara. Ini disebabkan mereka bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Oleh itu mereka perlu mempunyai sikap yang baik agar dapat mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya kecemerlangan dalam bidang akademik. Kecemerlangan dalam bidang ini harus diberi perhatian. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, di samping mengenalpasti kesan kemahiran pengurusan masa dikalangan pelajar ke atas pencapaian akademik serta mengemukakan faktor-faktor yang dikenalpasti kepada pihak universiti untuk tujuan penambahbaikan dan perancangan aktiviti pelajar yang bermanfaat di masa akan datang. Kajian ini berbentuk kajian penerangan diskriptif yang berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan borang soal selidik dijadikan instrumen kajian.Tujuan diedarkan borang soal selidik adalah untuk mendapatkan data secara kuantitatif berkaitan faktor kecemerlangan akademik pelajar di UiTM. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, sikap mahasiswa terhadap pembelajaran adalah sederhana. Purata skor keseluruhan mengikut jantina adalah 3.4938 iaitu berada pada skala 3 - 4 dan ini membawa maksud mahasiswa bersikap setuju dalam pembelajaran memberi kesan positif terhadap peningkatan pencapaian akademik. Di sini jua, hasil kajian mendapati sikap pelajar terhadap pembelajaran seperti mempunyai matlamat dalam hidup, bertanya dalam kelas,menghantar tugas pada waktunya memberi kepentingan dalam mencapai kecemerlangan akademik.Selain itu, memenuhi masa lapang dengan perkara berfaedah dan mengerjakan solat pada waktunya jua mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Selain itu, faktor mudah bertemu dan berbincang dengan pensyarah serta galakan dari keluarga mempunyai hubungan positif terhadap pencapaian akademik. Ini menunjukkan bahawa ibubapa serta keluarga perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak mereka berjaya dalam akademik mereka. Beberapa saranan dicadangkan seperti mengadakan bengkel pengurusan masa kepada para pelajar kerana purata skor keseluruhan menunjukkan sikap pelajar terhadap pengurusan masa adalah sederhana. Selain itu, mengadakan seminar cara belajar peringkat universiti, seminar pengurusan kewangan dan lain-lain bagi membantu para pelajar mempersiapkan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED Aris, Husnul Rita UNSPECIFIED Ismail, Noraini UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Kecemerlangan mahasiswa; Pembangunan modal insan; Akademik pelajar |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42639 |
Download
42639.pdf
Download (3MB)