Isu kesahan dalaman terhadap kaedah penyelidikan kuasi eksperimen di dalam pendidikan keusahawanan

Nasirun, Noraini and Muhamad Noor, Sarina and Yusoff, Rushami Zein and Othman, Abdul Aziz (2016) Isu kesahan dalaman terhadap kaedah penyelidikan kuasi eksperimen di dalam pendidikan keusahawanan. ASEAN Entrepreneurship Journal (AEJ), 2 (2). pp. 90-97. ISSN 2289-2125
Abstract

Penyelidikan secara eksperimen sering dilakukan dalam penyelidikan berkaitan pendidikan. Namun begitu kaedah ekperimen terdedah kepada isu yang melibatkan kesahan disebabkan faktor-faktor ekstranus yang memberi pengaruh kepada dapatan kajian. Pengkaji terdahulu telah menggariskan 12 ancaman yang melibatkan kesahan dalaman. 12 ancaman ini telah dikategorikan kepada tiga pengaruh ancaman iaitu peserta kajian, rawatan dan prosedur. Artikel ini ditulis dengan tujuan untuk membincangkan bagaimana penyelidik menangani isu berkaitan dengan kesahan dalaman. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuasi esperimen bagi melihat sejauh mana pengajaran dan pembelajaran secara atas talian melalui blended learning dapat memberi kesan kepada pembolehubah yang dikaji. Penyelidik juga turut menggunakan kursus pendidikan keusahawanan (ENT300) bagi semester Disember 2014 hingga April 2015 sebagai konteks kajian. Kesimpulan dan saranan untuk kajian akan datang juga turut dibincangkan di dalam kajian ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42625.pdf]
Text
42625.pdf
Download (489kB)
Indexing & Metrics
Citations
2 Google Scholar Citations