Abstract
Perkembangan ilmu yang berteraskan kepada penyampaian dan penyebaran maklumat telah berubah, daripada maklumat bercetak kepada maklumat digital dan elektronik dengan kemunculan teknologi maklumat seperti Internet. Masyarakat Islam dapat menyebar dan menerbitkan maklumat Islam ke seluruh dunia dan dijadikan sumber ilmu termasuk maklumat dakwah, kepercayaan dan aliran pemikiran. Penggunaannya perlu diteliti dari pelbagai aspek terutamanya dalam pemaparan kandungan maklumat, bentuk penyampaian maklumat, jenis maklumat, aplikasi elemen yang digunakan untuk menarik minat pelawat. Metodologi kajian yang digunakan terdiri dari kaedah analisis kandungan kuantitatif dan kualitatif. Analisis kandungan ini bermakna mengkaji pemaparan kandungan maklumat laman web. Kajian mendapati laman web yang dipilih berusaha untuk mengoptimum penggunaan perkhidmatan aplikasi multimedia dalam menyampaikan maklumat kepada pelawat serta menyedari peri penting Internet dalam usaha penyebaran maklumat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Salleh, Mohd Azul UNSPECIFIED Ghani, Nor Azita UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Computer network resources. Internet in education. Web-based instruction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 28-33 |
Keywords: | Islam, Internat, Maklumat digital |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42616 |