Ilmu sebagai pra-syarat dalam memperkukuhkan identiti Melayu-Muslim di era globalisasi / Jaffary Awang

Awang, Jaffary (2004) Ilmu sebagai pra-syarat dalam memperkukuhkan identiti Melayu-Muslim di era globalisasi / Jaffary Awang. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Ilmu pengetahuan merupakan asas utama dalam membentuk identiti Melayu-Muslim, Ini kelihatan lebih mendesak di era globalisasi kini ramai kalangan pemikir di Malaysia yang merasa khuatir terhadap keupayaan masyarakat Melayu untuk menghadapi cabaran yang kian menggugat dan membimbangkan. Ini kerana fenomena kini khususnya di kalangan remaja menuntut kepada satu pendekatan yang komprehensif dalam menyediakan masyarakat Melayu bagi menghadapi sebarang persoalan semasa. Dalam hubungan ini penulis berkeyakinan bahawa masyarakat Melayu berupaya untuk menghadapi apa juga permasalahan sekiranya mereka mempunyai kekuatan peribadi yang berasaskan kepada sumber ilmu yang jelas dan kompeten. Untuk itu kertas kerja ini akan membincangkan perkara tersebut dalam tiga bahagian iaitu pertama penulis berhujah bahawa masyarakat Melayu perlu mempunyai gambaran yang jelas mengenai sesuatu persoalan berasaskan kepada sumber ilmu yang jelas dan dipercayai. Dalam lain perkataan epistemologi yang jelas menjadi prasyarat utama dalam membina karakter diri dan pemikiran yang sihat. Seterusnya kertas ini akan membincangkan beberapa permasalahan yang sedang dihadapi oleh kalangan masyarakat Melayu khususnya yang berkait langsung mengenai kecelaruan konsep epistemolgi hingga menyebabkan timbulnya pelbagai tafsiran yang mengelirukan masyarakat. Sementara bahagian akhir, kertas kerja ini merumuskan bahawa kekuatan sumber ilmu dalam membina jati diri muslim perlulah berasaskan kepada nilai-nilai Islam yang menjadi elemen terpenting di kalangan masyarakat Melayu-Muslim

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Jaffary
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Muslims
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 19-27
Keywords: Ilmu, Identiti, Globalisasi, Melayu
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42615
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42615.pdf] Text
42615.pdf

Download (635kB)

ID Number

42615

Indexing

Statistic

Statistic details