Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu rangka kerja teori untuk kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam. Bagi membincangkan tentang konsep ini, maka akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan tema utama. Pertama, konsep kualiti perkhidmatan menurut perspektif Barat. Kedua, konsep perkhidmatan menurut Islam dan ketiga mengetengahkan konsep baru mengenai kualiti perkhidmatan berteraskan tasawwur Islam. Perbincangan ini penting kerana kualiti dalam perkhidmatan merupakan satu konsep perniagaan yang paling mencabar untuk dilaksanakan oleh setiap organisasi. Namun masih sedikit kajian yang secara menyeluruh membincangkan konsep kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam. Justeru, tulisan ini cuba menganalisis konsep kualiti perkhidmatan dari perspektif Islam dengan merujuk kepada sumber autentik dalam Islam serta sorotan kepustakaan yang berkaitan. Hasil daripada perbincangan dalam kertas kerja ini, dijangkakan satu rangka kerja teori kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam yang boleh dijadikan pendekatan baru oleh organisasi-organisasi berteraskan Islam.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Firdaus, Firman Shakti firmanshakti@gmail.com Yusoff, Rushami Zien rzy278@uum.edu.my Md. Hussain, Muhammad Nasri mnasri@uum.edu.my, Mohd Asaad, Mohd Norhasni mnorhasni@uum.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) |
Journal or Publication Title: | ASEAN Entrepreneurship Journal (AEJ) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > ASEAN Entrepreneurship Journal (AEJ) |
ISSN: | 2289-2125 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 86-97 |
Keywords: | Kualiti perkhidmatan, Perspektif Islam, Tasawwur |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42436 |