Kefahaman wanita Islam terhadap hak-hak selepas perceraian: kajian kes di daerah Seberang Perai Tengah / Zulkifli Dahalan, Siti Noraini Sulaiman and Alhan Farhanah Abdul Rahim.

Dahalan, Zulkifli and Sulaiman, Siti Noraini and Abdul Rahim, Alhan Farhanah (2007) Kefahaman wanita Islam terhadap hak-hak selepas perceraian: kajian kes di daerah Seberang Perai Tengah / Zulkifli Dahalan, Siti Noraini Sulaiman and Alhan Farhanah Abdul Rahim. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Wanita dan Undang-undang Keluarga Islam adalah antara topik yang sering mendapat perhatian. Pelbagai pihak muncul dengan imej untuk memberikan pembelaan dan ada ketikanya ia lebih menampilkan kejahilan kita sendiri terhadap undang-undang yang sepatutnya bersifat melindungi. Tuntutan yang membabitkan mengenai harta adalah antara perkara yang terdapat dalam peruntukan kekeluargaan Islam, la meliputi tuntutan membabitkan nafkah anak, isteri, harta sepencarian dan seumpamanya. Kes-kes perbicaraan tentang tuntutan ini jika tidak ditangani dengan baik akan mengundang pertelingkahan antara pihak suami dan juga isteri. Mahkamah Syariah adalah saluran bagi menyelesaikan sebarang perbalahan berkaitan dengannya. Kemungkinan timbul beberapa kesulitan ketika berurusan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Liputan mengenainya dapat diikuti melalui akhbar dan seumpamanya. la adalah antara isu yang diketengahkan untuk menampakkan betapa sukarnya wanita ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah. Wanita sering digambarkan tidak diberi pembelaan sewajarnya dalam kes-kes yang membabitkan diri mereka. Namun persoalan yang wajar diketengahkan, adakah kebanyakan wanita memahami mengenai peruntukan hak-hak yang boleh dituntut mereka selepas berlakunya perceraian sepertimana yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Bagi mengenalpasti kefahaman mengenai isu ini, pada Jun 2004 kajian mengenainya telah dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik kepada kaum wanita di kawasan Bukit Mertajam, Perai dan Permatang Pauh dalam Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42374.PDF] Text
42374.PDF

Download (82kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

42374

Indexing

Statistic

Statistic details