Persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap serta pencapaian pelajar terhadap matematik: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di daerah Seberang Perai Selatan / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah.

Hamed, Salina and Bahari, Peridah and Abdullah, Abdul Ghani Kanesan (2007) Persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap serta pencapaian pelajar terhadap matematik: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di daerah Seberang Perai Selatan / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Pelbagai pendekatan kaedah pengajaran matematik telah didedahkan kepada guru agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran supaya sentiasa menarik, kreatif, bermakna kepada pelajar dan juga mengambil kira faktor pelajar dan persekitarannya. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap dan pencapaian pelajar terhadap matematik di sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan. Kajian ini memberi penumpuan terhadap aspek persekitaran pembelajaran matematik dan faktor pelajar. Data dikumpul menggunakan soal selidik persekitaran pembelajaran dan sikap pelajar terhadap matematik yang melibatkan 1301 orang pelajar Tingkatan Empat di sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Selatan. Data dianalisis menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson, varian sehala(ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Data sokongan juga diperolehi daripada temubual pelajar dan pemerhatian di dalam bilik darjah. Melalui analisis teknik regresi berganda menunjukkan terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan kepada sikap pelajar matematik iaitu penglibatan pelajar, organisasi kelas dan orientasi tugasan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan korelasi yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap matematik dengan pencapaian pelajar dalam matematik

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamed, Salina
UNSPECIFIED
Bahari, Peridah
UNSPECIFIED
Abdullah, Abdul Ghani Kanesan
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > General
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Q Science > QA Mathematics > Study and teaching > Malaysia
Q Science > QA Mathematics > Factor analysis. Principal components analysis. Correspondence analysis
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Keywords: Matematik, Pelajar, Varian Sehala(ANOVA-sehala)
Date: January 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42341
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42341.PDF] Text
42341.PDF

Download (121kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

42341

Indexing

Statistic

Statistic details