Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan zakat berkomputer di negeri Melaka dari aspek latarbelakang, tahap penggunaan, dan kesan aplikasi zakat berkomputer di kalangan staf dan pelanggan. Kajian ini melibatkan seramai 42 responden di kalangan pelanggan dan 12 reponden di kalangan staf PZM. Pengumpulan data melibatkan pemerhatian,memperolehi dokumen yang berkaitan, temubual dengan staf di PZM dimana ianya memberi gambaran kepada penyelidik dari segi perlaksanaan,ciri-ciri dan kekangan yang ada dalam menggunakan sistem zakat berkomputer, disamping mengedarkan borang soal selidik kepada staf dan pelanggan. Penemuan kajian mendapati pengetahuan aplikasi asas komputer agak memuaskan di kalangan staf dan sistem yang sedia ada memenuhi keperluan asas PZM. Namun begitu kajian juga mendapati beberapa kelemahan seperti penggunaan sistem yang rendah bagi urusan yang kompleks, kurangnya penekanan aspek teknikal seperti pengawalan ralat dan kurangnya pemantauan terhadap penggunaan sistem. Kajian ini mencadangkan supaya kursus dan latihan yang melibatkan penggunaan perisian perlu ditingkatkan, penggunaan teknologi pengimbas kod bar atau pembaca kad untuk mensifarkan ralat, melaksanakan penyelenggaraan sistem, meningkatkan bilangan staf dan seterusnya menambahbaikan fasiliti terhadap sistem rangkaian seperti perlaksanaan 'on-line'.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Saleh, Arifin UNSPECIFIED Senin, Syahbudin UNSPECIFIED Deraman, Alias UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Aplikasi sistem; Zakat; Melaka |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42249 |
Download
42249.pdf
Download (1MB)