Abstract
Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa institusi Baitulmal khususnya zakat berperanan penting dalam mengerakkan sosioekonomi umat Islam. Bahkan, semasa zaman khalifah Umar b. Abdul Aziz, institusi zakat telah mampu mengatasi permasalahan kemiskinan sehingga tidak ada pihak yang mahu menerima wang bantuan zakat. Namun, realiti institusi zakat pada hari ini agak berbeza. la masih belum mampu untuk menyamai piawaian yang telah ditetapkan terdahulu seperti di zaman kegemilangan Islam. Walaupun kutipan zakat di seluruh negara pada tahun 2005
mencapai RM573 juta dan boleh dibanggakan, namun ia kurang daripada 1% hasil pendapatan negara. Namun, isu seterusnya ialah berkaitan dengan agihan zakat. Apakah pula program-program yang sepatutnya diberikan keutamaan dalam mengatasi permasalahan kemiskinan? Adakah dengan memberikan perkahwinan percuma atau amil diberikan peruntukan lebih banyak berbanding dengan asnaf fakir dan miskin? Kajian ini
bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha ke arah memastikan peningkatan kutipan dan seterusnya memikirkan strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan asnaf zakat, khususnya dengan melaksanakan Skim Bantuan Perniagaan. Kajian menaruh keyakinan bahawa Skim Bantuan Pemiagaan mampu untuk membantu usahawan Muslim, dan melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan dan menukar status
mereka daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Untuk itu kajian turut memfokuskan perbincangan keberkesanan pelaksanaan skim dan mencadangkan beberapa penambahbaikan. Apa yang menarik ialah kejayaan Grameen Bank Bangladesh dan pengasasnya Prof Muhammad Yunus sehingga beliau mendapat anugerah Nobel. Kejayaan ini telah memberi sinar harapan bahawa Skim Bantuan Modal Pemiagaan mampu untuk mengurus kemiskinan secara teratur dan berstrategi.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Yaacob, Ahmad UNSPECIFIED Daud, Razali UNSPECIFIED Mohamad, Roslim UNSPECIFIED Basri, Basaruddin Shah UNSPECIFIED Othman, Mohd Bahrin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC) |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4216 |
Download
LP_AHMAD_CHE_YAACOB_07_24.pdf
Download (1MB)