Peranan dan cabaran usahawan wanita Bumiputra di Melaka / Habsah Kasim, Md. Tahir Abd Hamid dan Salina Abdullah

Kasim, Habsah and Abd Hamid, Md. Tahir and Abdullah, Salina (2010) Peranan dan cabaran usahawan wanita Bumiputra di Melaka / Habsah Kasim, Md. Tahir Abd Hamid dan Salina Abdullah. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Antara objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita Bumiputra khususnya di negeri Melaka. Ia juga bertujuan untuk mengkaji prospek-prospek dan peluang-peluang baru yang ada bagi menggalakkan wanita menceburi bidang keusahawanan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada wanita yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Penyelidikan ini melalui borang soal selidik dan temubual kepada usahawan wanita bumiputera yang berada di negeri Melaka.
Antara cabaran paling getir yang dihadapi oleh responden kajian ini ialah kekurangan pengalaman merancang kewangan. Disamping itu mereka juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman modal dan masalah sewaktu ingin memulakan perniagaan. Oleh yang demikian, didapati bahawa bimbingan khidmat nasihat dan bantuan kewangan adalah amat diperlukan oleh usahawan wanita bumiputra. Manakala bagi mengekalkan daya saing dalam dunia perniagaan, aspek hubungan baik dengan pelanggan dan memantapkan pelan pemasaran dengan harga produk atau servis yang berpatutan merupakan resipi paling utama. Usahawan wanita bumiputra ini juga menyedari kepentingan rekod perniagaan yang lengkap bagi mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian perniagaan mereka dan seterusnya bagi mengelakkan kesukaran mereka mengetahui jumlah hutang pelanggan.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang mantap mengenai pelan pemasaran dan sistem perakaunan adalah amat penting bagi membantu usahawan wanita bumiputra. Antara cadangan yang dikemukakan ialah memperbanyakkan produk baru seperti produk halal biotech dan herba, meluaskan konsep perniagaan baru seperti agro-tourism dan health-tourism serta mewujudkan gabungan perniagaan atau konsortium bagi memantapkan lagi perniagaan masing masing. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja usahawan wanita bumiputra, malahan agensi-agensi kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan usahawan wanita demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif kepada para usahawan khususnya usahawan wanita bumiputra.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasim, Habsah
UNSPECIFIED
Abd Hamid, Md. Tahir
UNSPECIFIED
Abdullah, Salina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Women
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Usahawan wanita; Usahawan Bumiputra; Melaka
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42040
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42040.pdf] Text
42040.pdf

Download (6MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

42040

Indexing

Statistic

Statistic details